Date: Ahad, Julai 19, 2020

Bismillahirrahmanirrahim,

"Dari Allah kita datang, kepada Allah kita kembali."

 

Dukacita dimaklumkan bahawa Ir. Ismail bin Mohamad, Jurutera Awam Penguasa Kanan Gred J54, Bahagian Rekabentuk 1,Cawangan Kejuruteraan Geoteknik, Ibu Pejabat JKR telah meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur jam 9.39 pagi hari Ahad, 19 Julai 2020.

Jenazah akan disolatkan di Masjid Syaidina Othman Ibnu Affan, Bukit Rangin, Kuantan dan dikuburkan di Perkuburan Islam Bukit Ubi, Kuantan selepas waktu Asar.

Warga JKR merakamkan ucapan takziah kepada keluarga arwah dan semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang yang beriman. Al-Fatihah.



"Ya Allah, ampunilah dia, berilah rahmatMu keatasnya, sejahtera dan maafkanlah dirinya"