Date: Rabu, Februari 24, 2021

Bismillahirrahmanirrahim,

 

 

"Dari Allah kita datang, kepada Allah kita kembali."

 

Dukacita dimaklumkan bahawa Encik Mohd Zairul Affindy B. Abdul Rahman, Jurutera Awam (J41), Cawangan Senggara Fasiliti Bangunan telah kembali ke Rahmatullah sebentar tadi. Jenazah Allahyarham akan dibawa ke Masjid Sheikh Ahmad Bandar Sri Sendayan dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Felda Sendayan.

 

Warga JKR merakamkan ucapan takziah kepada keluarga arwah dan semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang yang beriman. Al-Fatihah.

 

"Ya Allah, ampunilah dia, berilah rahmatMu keatasnya, sejahtera dan maafkanlah dirinya"