Date: Isnin, Ogos 31, 2020

Bismillahirrahmanirrahim,

"Dari Allah kita datang, kepada Allah kita kembali."

 

Dukacita dimaklumkan bahawa En.Ridzuan bin Harun, Jurutera Mekanikal Kanan, Cawangan Kejuruteraan Mekanikal JKR Terengganu telah kembali ke Rahmatullah pada jam 12 tengahari hari ini, 31 Ogos 2020. Allahyarham akan disolatkan di Masjid Kg. Batin, Kuala Terengganu selepas solat Asar sebelum dibawa balik ke rumah beliau.

Warga JKR merakamkan ucapan takziah kepada keluarga arwah dan semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang yang beriman. Al-Fatihah.



"Ya Allah, ampunilah dia, berilah rahmatMu keatasnya, sejahtera dan maafkanlah dirinya"