Date: Selasa, Julai 7, 2020

 

  "Dari Allah kita datang, kepada Allah kita kembali" 

Dukacita dimaklumkan bahawa Intan Salwani binti Abdul Kadir, Jurutera Awam Kanan, Cawangan Dasar dan Pengurusan Korporat (Jawatan Kumpulan), Ibu Pejabat JKR Malaysia, telah kembali ke Rahmatullah pada hari ini, 7 Julai 2020 di HUSM, Kubang Kerian, Kelantan. Jenazah allahyarhamah akan dikebumikan di Kok Lanas, Kelantan.

Seluruh warga JKR Malaysia mendoakan agar Allahyarhamah dicucuri rahmat Allah S.W.T dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.

                                                     

"Ya Allah, ampunilah dia, berilah rahmatMu keatasnya, sejahtera dan maafkanlah dirinya" 

Semoga keluarganya diberikan kesabaran dalam menghadapi perkara ini.