Date: Isnin, Ogos 24, 2020

                                                         "Dari Allah kita datang, kepada Allah kita kembali" 


Dukacita dimaklumkan Ir. Sharifah Hamidah binti Syed Othman, Jurutera Elektrik Penguasa, Cawangan Senggara Fasiliti Bangunan,  Ibu Pejabat JKR Malaysia dan ditempatkan di Projek FM Bangunan Sultan Iskandar dan JB Sentral, telah kembali ke Rahmatullah pada pagi 24 Ogos 2020.

Seluruh warga JKR Malaysia mendoakan agar Allahyarhamah dicucuri rahmat Allah S.W.T dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.


"Ya Allah, ampunilah dia, berilah rahmatMu keatasnya, sejahtera dan maafkanlah dirinya" 

Semoga keluarganya diberikan kesabaran dalam menghadapi perkara ini.