Date: Isnin, Ogos 15, 2016
Dukacita dimaklumkan bahawa En. Jamaluddin b Osman, Penolong Pengarah (Awam), Cawangan Alam Sekitar dan Kecekapan Tenaga, telah kembali ke Rahmatullah pada jam 12.53 tengahari pada 15 Ogos 2016 di Hospital Kuala Lumpur. Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sepang pada petang ini selepas solat Asar. 
 
Semoga keluarga Allahyarham sabar menghadapi ujian Allah SWT dan semoga Allah mengampunkan dan merahmati Allahyarham dan rohnya ditempatkan bersama-sama para Solihin. Al-Fatihah.