Date: Jumaat, November 15, 2024

‎إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعون

“Sesungguhnya dari Allah kita datang dan sesungguhnya kepada-Nya jua kita kembali.” - Al-Baqarah: 155-156

Pada petang hari ini, 15 November 2024 (Jumaat) JKR Malaysia menerima berita menyedihkan yang mana tiga (3) warga JKR Malaysia telah meninggal dunia dan dipercayai lemas di Sungai Kampar, Gopeng, Perak.

Pengurusan tertinggi serta seluruh warga Jabatan Kerja Raya (JKR) Malaysia menzahirkan ucapan takziah buat ahli keluarga Allahyarhamah Suhaili Binti Mat Saad (Jurutera Daerah Seberang Perai Tengah), Allahyarham Muhammad Khairul Hakim Bin Hamidi (Penolong Jurutera Kanan, JKR Daerah Langkawi) dan Allahyarham Muhammad Ikram Bin Abdul Bari - (Pegawai Khidmat Pelanggan, JKR Daerah Langkawi) yang telah kembali ke Rahmatullah.

Semoga roh Allahyarhamah dan Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.

Al-Fatihah.

https://www.sinarharian.com.my/article/696818/berita/semasa/tiga-lemas-dihanyutkan-kepala-air-ketika-aktiviti-water-rafting (link is external)