Mari kita sama-sama memeriahkan Sambutan Hari Profesion Teknikal Negara (HPTN) 2022 yang akan berlangsung pada 19 hingga 21 Disember 2022. Sambutan kali ke-5 ini akan diadakan secara fizikal, bertempat di Dewan Tan Sri Mahfoz Khalid, Ibu Pejabat JKR Malaysia Kuala Lumpur, bertemakan “Mengungguli Teknologi, Melonjak Pembangunan”.
Inisiatif sambutan HPTN ini adalah untuk menghargai sumbangan dan memartabatkan golongan Profesion Teknikal, seiring dengan sumbangan golongan ini dalam pemodenan dan pembangunan negara. Mesyuarat Jemaah Menteri pada 3 Oktober 2018 telah bersetuju dengan Sambutan HPTN pada hari Sabtu Pertama bulan Disember setiap tahun.
Sambutan pertama HPTN telah bermula pada Disember 2018 di Dewan Tan Sri Mahfoz Khalid, manakala tahun 2019 di TM Convention Center, Kuala Lumpur. Berikutan pandemik COVID–19 yang melanda dunia, sambutan HPTN pada tahun 2020 dan 2021 telah dibuat secara atas talian.
Bidang teknikal telah memberikan sumbangan besar kepada pertumbuhan dan pembangunan ekonomi dunia. Di Malaysia, bidang teknikal telah menyumbang dengan ketara dalam mewujudkan infrastruktur yang diperlukan untuk pembangunan sosio–ekonomi seterusnya kepada pertumbuhan ekonomi. Profesion Teknikal Mengungguli Teknologi, Melonjak Pembangunan.
- 4104 bacaan