Date: Isnin, September 11, 2023

Sukacita dimaklumkan bahawa Bahagian Pengurusan Korporat dan Strategik (BPKS), Cawangan Dasar dan Pengurusan Korporat, Jabatan Kerja Raya (JKR) Malaysia akan menganjurkan Sambutan Karnival Kesihatan Peringkat Ibu Pejabat JKR Malaysia Tahun 2023 dengan kerjasama Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur/Putrajaya pada ketetapan seperti berikut:

 

                              Tarikh : 14 September 2023 (Khamis)

                              Masa : 9.30 pagi - 1.00 petang

                              Tempat : Aras Plaza, Blok G, Menara Kerja Raya, JKR

 

Sehubungan itu, Bahagian ini berhasrat untuk memohon kerjasama tuan untuk membuat hebahan melalui portal JKR bagi program yang bakal dijalankan. Sebagai makluman tambahan, program ini akan merangkumi saringan kesihatan, saringan kesihatan mental, pameran pengendalian ubat, pameran pemakanan seimbang dan sihat, pameran pencegahan dadah, pemeriksaan pergigian, pameran keburukan merokok dan saringan optometri untuk manfaat bersama. Aktiviti senamrobik turut diadakan bermula pada jam 9.30 pagi dan semua warga JKR Malaysia adalah dijemput hadir.