Date: Isnin, Ogos 23, 2021

Jabatan Kerja Raya Malaysia akan menganjurkan program Persada Minda @ JKR 2021 yang bertemakan “Revolusi Teknologi 4.0 Dalam Norma Baharu” dari 6 hingga 10 September 2021 secara dalam talian selari dengan norma baharu.

Program tahunan anjuran bersama Cawangan Perancangan Aset Bersepadu dan Cawangan Dasar dan Pengurusan Korporat dengan kerjasama Cawangan Kejuruteraan Elektrik ini akan dirasmikan oleh Ketua Pengarah Kerja Raya, YBhg. Dato' Ir. Hj. Mohamad Zulkefly Bin Sulaiman pada 6 September 2021 (Isnin) jam 9.00 pagi menerusi laman web Facebook JKR Malaysia (https://www.facebook.com/jkr.malaysia (link is external)).

Pelbagai aktiviti telah disediakan sebagai pengisian program termasuk sesi perkongsian ilmu oleh penceramah yang diundang khas antaranya En. Sirajuddin Jalil (Sisi Gelap Dunia Siber), Chef Selebriti Puan Imelda Harris (Juggling Different Hats in The New Norm) dan En. Saiful Ramli (Bangunan Warisan Negara - Teknologi Penyelamat Kita).

Warga JKR yang berminat untuk menghadiri sesi perkongsian ilmu ini dijemput untuk melengkapkan borang pendaftaran di pautan: https://forms.gle/LW38VsaqRXgcyEiV9 (link is external).

Di samping itu, pihak penganjur turut menyediakan tiga pertandingan; Cabaran Video 2 Minit, Cipta Logo Portal JPedia dan TikTok Video Challenge dengan hadiah menarik menanti para pemenang. Maklumat lanjut mengenai setiap pertandingan boleh dirujuk di pautan berikut:

Para peserta yang menghadiri program Persada Minda @ JKR 2021 akan menerima sijil penyertaan digital (e-sijil) sebagai tanda penghargaan dan ucapan terima kasih atas sokongan dan komitmen yang diberikan.


Maklumat lanjut mengenai program boleh diperolehi dengan menghubungi Pn. Hawa Liza Zahari di talian 03-40518389/012-5691660; emel: hawaliza [at] jkr.gov.my ( (link sends e-mail)) atau En. Mohamad Syahmi Abdullah di talian 03-40518566/014-5342061;emel: syahmi.abdullah [at] jkr.gov.my ( (link sends e-mail)).