Date: Selasa, September 7, 2021

Majlis Perasmian Persada Minda @ JKR 2021 dengan tema “Revolusi Teknologi 4.0 Dalam Norma Baharu” telah berlangsung pada 6 September 2021 secara dalam talian melalui aplikasi Webex dan Facebook JKR Malaysia.

Majlis telah dihadiri oleh tetamu kehormat, Ketua Pengarah Kerja Raya, YBhg. Dato' Ir. Hj. Mohamad Zulkefly Bin Sulaiman, YBhg. Dato' Ir. Hj. Ahmad Redza Bin Ghulam Rasool, Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Infra), YBhg. Dato' Ir. Hj. Habbali Bin Ibrahim, Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Bangunan), YBrs. Ir. Dr. Lim Char Ching. Pengarah Kanan Cawangan Kejuruteraan Awam dan Struktur yang menjalankan Tugas Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Pakar), YBrs. Ir. Hj. Badioezaman Bin Ab. Khalik, Pengarah Kanan Cawangan Perancangan Aset Bersepadu, YBrs. Ir. Hanizan Binti Shaffii, Pengarah Kanan Cawangan Kejuruteraan Elektrik, YBhg. Dato' Ir. Hj. Masri Bin Baharuddin, Pengarah Cawangan Dasar dan Pengurusan Korporat dan Pegawai-Pegawai Kanan JKR serta para jemputan.

Majlis dimulakan sekitar jam 9.05 pagi dengan nyanyian lagu Negaraku dan bacaan doa. Majlis diteruskan dengan ucapan aluan yang telah disampaikan oleh Pengarah Kanan Cawangan Perancangan Aset Bersepadu dan disusuli dengan ucapan perasmian dan gimik perasmian yang disempurnakan oleh YBhg. Dato' Ir. Hj. Mohamad Zulkefly Bin Sulaiman, Ketua Pengarah Kerja Raya.

Menurut Ketua Pengarah Kerja Raya dalam ucapan perasmian beliau, tema bagi Program Persada Minda JKR pada tahun ini iaitu ‘Revolusi Teknologi 4.0 Dalam Norma Baharu’ adalah bertepatan dengan senario semasa. Program pembudayaan ilmu ini adalah satu usaha Jabatan untuk memberi kefahaman mengenai revolusi teknologi kepada warga kerja JKR agar dapat lebih memahami dan bersiap siaga menghadapi arus pendigitalan.

Tambah beliau, pandemik Covid-19 telah membuka satu dimensi baru yang mengubah gaya hidup dan norma kerja, yang mana pendigitalan bukan lagi satu pilihan. Malahan, ia menjadi kebiasaan baharu yang perlu diadaptasi oleh masyarakat. Oleh itu, warga Jabatan perlu lebih kreatif dalam merangka kaedah baharu yang lebih berinovatif bagi menyediakan perkhidmatan yang lebih berkesan kepada rakyat dan pemegang taruh.

Namun demikian tegas beliau, sebagai penjawat awam, penggunaan teknologi ini harus digunakan dengan sebaiknya dan mematuhi peraturan yang telah ditetapkan agar tidak berlakunya penyelewengan atau ketirisan maklumat sulit.

Seterusnya, majlis diteruskan dengan sesi Majlis Pelancaran Buku dan Dokumen seperti berikut:

Unit Pengurusan Nilai, Bahagian Pengurusan Projek Kompleks, Cawangan Perancangan Aset Bersepadu

  1. Manual Pengguna Efficient Value Study System (EVSS)
  2. VE Facilitation Kit (Request For Proposal)

 

Ir. Ts. Mohd Hazery Bin Md. Shamsi, Jurutera Mekanikal, Cawangan Dasar dan Pengurusan Korporat

  1. Masjid Ceria, Kariah Bahagia

Majlis diakhiri dengan pengumuman Anugerah Pengurusan Pengetahuan kepada para penerima seperti berikut:

Anugerah Pengguna Portal JCoP Paling Aktif

  1. Ir. Sharifah Dzain Binti Syed Yusof (Cawangan Kejuruteraan Mekanikal)
  2. Ts. Mohd Hafiz Bin Shafie (Cawangan Kejuruteraan Geoteknik)
  3. Pn. Syariza Binti Mohd Azidin (Pusat Kecemerlangan Kejuruteraan & Teknologi)

Anugerah Moderator Portal JCoP Paling Aktif

  1. Sr Rohanis Binti Ab. Ghani (Cawangan Perancangan Aset Bersepadu)
  2. Ir. Mohd Faiz Bin Shapiai (Cawangan Perancangan Aset Bersepadu)
  3. Ir. Hamzah Bin Ismail (Cawangan Kejuruteraan Elektrik)

Anugerah Penyumbang Portal JPedia Paling Aktif

  1. Cawangan Kejuruteraan Elektrik

Peminjam Bahan Bacaan Terbanyak

  1. Ir. Norhayati Binti Khairudin (Cawangan Kejuruteraan Awam & Struktur)

Pelbagai aktiviti sempena penganjuran program Persada Minda @ JKR 2021 telah disediakan termasuk sesi perkongsian ilmu sepanjang lima hari program berlangsung dari 6 hingga 10 September 2021 yang akan disampaikan oleh penceramah-penceramah yang diundang khas.

Warga JKR yang berminat untuk menghadiri sesi perkongsian ilmu ini dijemput untuk melengkapkan borang pendaftaran di pautan: https://forms.gle/LW38VsaqRXgcyEiV9 (link is external).