Date: Khamis, Februari 2, 2023

Sukacita dimaklumkan bahawa Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah telah berkenan mengurniakan kepada Encik Abdul Halim bin Mat Daud, Darjah Kebesaran JOHAN MAHKOTA WILAYAH (J.M.W.) sempena Sambutan Hari Wilayah Persekutuan Tahun 2023.

Sesungguhnya pengurniaan anugerah kebesaran ini adalah satu pengiktirafan dan penghargaan atas jasa bakti serta sumbangan mereka kepada Negara dan Jabatan khususnya.

Seluruh warga JKR turut merasa bangga atas penganugerahan ini. Sekalung tahniah kepada penerima anugerah.