Date: Isnin, April 29, 2024

Sukacita dimaklumkan bahawa Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Terengganu telah berkenan mengurniakan kepada Ir. Jasmi Bin Wahab Pengurniaan Bintang Darjah Kebesaran Negeri Terengganu iaitu Darjah Dato’ Paduka Mahkota Terengganu (D.P.M.T.) Yang Amat Dihormati sempena Sambutan Ulang Tahun Ke-62 Hari Keputeraan Kebawah Duli yang Maha Mulia Sultan Terengganu . 

Pengurniaan ini membawa gelaran atau panggilan Dato’ manakala isteri membawa gelaran To’ Puan.

Sesungguhnya pengurniaan ini adalah satu pengiktirafan dan penghargaan atas jasa bakti serta sumbangan mereka kepada Negara dan Jabatan khususnya.

Seluruh warga JKR turut merasa bangga atas penganugerahan ini. Sekalung tahniah kepada Dato' Ir. Jasmi Bin Wahab.