Date: Sabtu, Disember 24, 2016

Seluruh warga Jabatan Kerja Raya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas khidmat bakti YBrs. Ir. Cheong Pui Keng, Jurutera Awam Penguasa Kanan Cawangan Kejuruteraan Infrastruktur Pengangkutan, JKR Malaysia yang akan bersara sebagai penjawat awam pada 26 Disember 2016.
 
YBrs. Ir. Cheong Pui Keng telah mula berkhidmat sebagai penjawat awam pada tahun 1981 di JKR KEJORA. Sepanjang perkhidmatan beliau selama 35 tahun, beliau telah berkhidmat di beberapa tempat, antaranya Cawangan Kerja Tentera, Majidee, Jabatan Perumahan Wilayah Selatan, Cawangan Bangunan, Cawangan Alam Sekitar dan Kecekapan Tenaga dan JKR Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Beliau telah mencurahkan, jasa dan bakti yang amat bernilai kepada JKR khususnya dan negara amnya sepanjang perkhidmatan beliau. Selamat maju jaya dan Selamat Bersara.