Date: Rabu, March 15, 2017

Seluruh Warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas khidmat bakti YBrs. Ir. Hj. Samsudin bin Hj. Wan Nik, Pengarah Rekabentuk, Cawangan Kejuruteraan Mekanikal JKR Malaysia yang bersara dalam perkhidmatan awam bermula pada 15 Mac 2017.

Ir. Hj. Samsudin Bin Wan Nik telah mula berkhidmat sebagai penjawat awam pada tahun 1981 di Kementerian Pertahanan Malaysia. Sepanjang perkhidmatan beliau selama 36 tahun, beliau juga telah berkhidmat di JKR CKM Negeri Selangor, JKR CKM Negeri Melaka, JKR Selangor, JKR Woksyop CKM dan Cawangan Senggara Fasiliti Bangunan.

Beliau telah memberikan khidmat dan sumbangan yang amat bernilai kepada JKR khususnya dan negara amnya sepanjang beliau berkhidmat di Jabatan ini. Semoga beliau dan keluarga akan sentiasa berada dalam keadaan sihat sejahtera dan sentiasa dirahmati Allah.