Date: Sabtu, Disember 24, 2016

Seluruh Warga Jabatan Kerja Raya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas khidmat bakti YBrs. Ir. She Tian Hock, Jurutera Awam Penguasa Kanan Cawangan Senggara Fasiliti Jalan, JKR Malaysia yang telah bersara sebagai penjawat awam pada 24 Disember 2016.
 
YBrs. Ir. She Tian Hock telah mula berkhidmat sebagai penjawat awam pada tahun 1982. Sepanjang perkhidmatan beliau selama 36 tahun, beliau telah berkhidmat di beberapa tempat, antaranya Cawangan Pengurusan Ibu Pejabat JKR Malaysia,Unit Jambatan Cawangan Jalan, Projek Kompleks Kedutaan Besar Malaysia, Beijing China, Unit Teknologi Maklumat, Cawangan Pengurusan Korporat, Cawangan Kerja Keselamatan, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan Cawangan Pendidikan dan Pengajian Tinggi,

Beliau telah mencurahkan, jasa dan bakti yang amat bernilai kepada JKR khususnya dan negara amnya sepanjang perkhidmatan beliau. Selamat maju jaya dan Selamat Bersara.