Date: Jumaat, November 25, 2016
Seluruh Warga Jabatan Kerja Raya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas khidmat bakti YBrs. Ir. Tan Tiong Ben, Pengarah, Cawangan Kerja Keselamatan, JKR Malaysia yang akan bersara sebagai penjawat awam pada 28 November 2016.
 
YBrs. Ir. Tan Tiong Ben telah mula berkhidmat sebagai penjawat awam pada tahun 1980. Sepanjang perkhidmatan beliau selama 36 tahun, beliau telah berkhidmat di beberapa tempat, antaranya Cawangan Jalan, JKR Pahang Tenggara, Jabatan Bekalan Air Negeri Perak, JKR Daerah Sabak Bernam, Kementerian Pertahanan TUDM dan Cawangan Kerja Tentera 
 
Beliau telah mencurahkan, jasa dan bakti yang amat bernilai kepada JKR khususnya dan negara amnya sepanjang perkhidmatan beliau. Selamat maju jaya dan Selamat Bersara.