Date: Khamis, September 28, 2017

Seminar CKAS 2017 & Hari Bertemu Pelanggan anjuran Cawangan Kejuruteraan Awam & Struktur (CKAS) yang bertemakan “EFFICIENT – QUALITY – DELIVER” telah berlangsung pada 26 September 2017 bertempat di Institut Sosial Malaysia, Sungai Besi, Kuala Lumpur.

Pengarah Kanan Cawangan Kejuruteraan Awam & Struktur, Ir. Mohammad Zulkefly Bin Hj. Sulaiman telah menyampaikan Ucaptama Seminar dan antara tujuan seminar ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada peserta berkaitan perkhidmatan yang diberikan oleh CKAS yang meliputi kepada Industrialised Building System (IBS), Pre-Approved Plans (PAP), kejuruteraan seismik, kejuruteraan forensik, dan sistem kelestarian.

Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Pakar), YBrs. Sr. Ratna Binti Hj. Mahyuddin berbesar hati menyampaikan ucapan perasmian Seminar CKAS 2017.

Sebanyak tujuh (7) kertas kerja telah dibentangkan pada seminar ini yang disampaikan oleh penceramah yang berpengalaman dalam bidang masing-masing:-

i. Pengalaman Perlaksanaan Projek HPUPM Secara IBS Dari Perspektif Kontraktor - YBhg. Dato’ Hj. Abdul Rahim bin Jaafar (Pengarah Urusan, AIM ConCept Sdn. Bhd)

ii. Sistem Saliran Bestari – En. Chow Wah (Jurutera Awam Penguasa Kanan, CKAS)

iii. Pre-Approved Plans (PAP) - The Way Forward – Pn. Nik Ainun Zanariah Binti Nik Abd Rashid (Pengarah Rekabentuk dan Pembangunan Kepakaran, Cawangan Arkitek)

iv. Pre-Approved Plans (PAP) Dari Perspektif Struktur – Hj. Subki Bin Ahmad Said (Jurutera Awam Penguasa Kanan, CKAS)

v. Kajian Kes Baikpulih Struktur Kebakaran Bangunan Institut Penyelidikan Perubatan - Pn. Emmy Sherina Binti Ismail Hashim (Jurutera Awam Kanan, CKAS)

vi. Seismic Engineering In JKR - Ir. Mohd Noor Azudin Bin Mansor (Pengarah Kejuruteraan Pakar Struktur, CKAS)

vii. IBS Success Factors - Ir. Mohd Azhari Bin Mohd Salleh (Jurutera Awam Penguasa Kanan, CKAS)

Pada tahun ini Seminar CKAS telah dianjurkan bersama dengan Hari Bertemu Pelanggan CKAS bagi membolehkan para peserta mendapat pendedahan berkaitan perkhidmatan kejuruteraan yang disediakan oleh CKAS. Empat (4) booth pameran telah disediakan sempena Hari Bertemu Pelanggan CKAS masing-masing mempamerkan skop kerja kejuruteraan awam, kejuruteraan struktur, kejuruteraan forensik, kejuruteraan rehabilitasi dan juga program pembangunan & penyelidikan yang dilaksanakan di CKAS.

Justeru, melalui seminar yang telah dianjurkan ini dapat membuka minda para peserta untuk memperbaiki sistem penyampaian masing-masing dalam pelbagai peringkat pelaksanaan projek. Di samping menambah ilmu pengetahuan, adalah diharapkan seminar ini merupakan medan untuk peserta saling bertukar pendapat demi meningkatkan prestasi perkhidmatan CKAS khususnya dan JKR secara amnya.