Date: Khamis, September 15, 2016

Seminar CoP JKR telah diadakan pada 6 September 2016 di Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (Perpustakaan Raja Tun Uda) di Shah Alam. Seminar tersebut yang bertemakan “Memperkasa Perkongsian Pengetahuan Komuniti JKR”,  telah dirasmikan oleh YBg. Dato’ Ir. Mohd Fazli bin Osman, Timbalan Ketua Pengarah Sektor Pakar.

Antara highlights Seminar CoP adalah-

Pembentangan oleh En. Norazhan mengenai penubuhan Perpustakaan Raja Tun Uda Sesi Fish bowl iaitu, sesi bual antara moderator En. Khairil Hizar Md. Khuzaimah dengan dua (2) orang pakar dalam bidang Pengurusan Pengetahuan dari Bank Negara Malaysia, iaitu, Dr. Jasbir Singh dan dari Petronas, Dr. Niza Adilah Hamzah, yang telah berkongsi pengalaman mereka membangun dan mengurus CoP di organisasi masing-masing.

Sesi Knowledge Café, iaitu, sesi percambahan ide di kalangan peserta seminar mengenai dua (2) topik  iaitu

·         How to increase contribution of CoPs to individual and organisational learning dan

·         How to maintain healthy CoPs in order to leverage CoPs for our performance improvement

Seminar ini telah berjaya menyediakan platform perkongsian pengalaman dan telah menghasilkan banyak idea baru yang boleh diguna untuk memperkasakan COP JKR.