Date: Selasa, Julai 4, 2023

Sukacita dimaklumkan bahawa Pertubuhan Profesional JKR Malaysia (ProJKRM) dengan kerjasama ProJKRM Sdn. Bhd. akan menganjurkan SEMINAR HAMMER YOUR CLAIM (HYC 2023) seperti ketetapan berikut:

 

Tarikh:

27 September 2023 (Rabu)

Masa:

8.30 pagi – 5.00 petang

Tempat:

Kuala Lumpur

Website:

(Pendaftaran secara talian)

www.projkrm-event.my (link is external)

 

Melalui Seminar Hammer Your Claim 2023 - Siri 2 ini, para peserta akan didedahkan dengan isu-isu berkaitan Loss & Expense (L&E) bagi memastikan kontraktor berjaya menyelesaikan tuntutan dengan mematuhi keperluan di dalam klausa-klausa kontrak, notis tuntutan, penyerahan dokumen yang mencukupi beserta bukti kerugian untuk pertimbangan dan lain-lain syarat yang telah diperuntukkan di dalam kontrak. Kejayaan tuntutan L&E ini sentiasa menjadi cabaran kepada pihak kontraktor disebabkan ketidakpatuhan syarat dan sebab utama seperti yang diperuntukkan di dalam kontrak. Seminar HYC 2023 akan turut mengetengahkan isu-isu L&E yang dirujuk kepada CIPAA, cabaran-cabaran yang menghalang kepada penyelesaian dan juga isu pertikaian pembayaran.

Sehubungan dengan itu, pihak urus setia dengan berbesar hati ingin menjemput YBhg. Datuk/Dato'/Datin/Tuan/Puan untuk menghadiri seminar ini yang akan diadakan selama satu (1) hari seperti yang dinyatakan di atas. Peserta yang disasarkan adalah daripada kalangan penggiat industri pembinaan, kakitangan kerajaan yang terdiri daripada Pengurusan dan Profesional atau Pegawai Kumpulan Pelaksana dan kumpulan pelajar daripada Institusi Pengajian Tinggi Awam/ Swasta yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam pengurusan projek pembinaan.

Sebarang pertanyaan berhubung seminar ini, YBhg. Datuk/Dato’/Datin/ Tuan/Puan boleh menghubungi urus setia seminar seperti berikut:

 

Taufiq:

019-6287969

Rose:

012-2643467

TJ (Kewangan):

018-2327554