Seminar IBS 2016 telah diadakan pada 29 September 2016 bertempat di Institut Sosial Malaysia, Kuala Lumpur bertemakan 'Driving Excellence With IBS'. Seminar ini telah dirasmikan oleh Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Pakar), YBhg. Dato' Ir. Hj. Mohd Fazli bin Osman. Peserta seminar yang terlibat adalah daripada pelbagai cawangan di ibu pejabat, create, jkr negeri dan agensi pusat spt ICU (seminar 2015 utk kakitangan CKAS shj).Antara objektif seminar ini adalah:
a. Meningkatkan kesedaran tentang kepentingan pelaksanaan IBS
b. Menambahkan pengetahuan tentang IBS dan cara menyelesai cabaran-cabaran yang dihadapi dalam pelaksanaannya
c. Membentuk platform untuk peserta mendapat maklum balas, bertukar pendapat dan berkongsi pengalaman
Antara intipati ucapan perasmian oleh YBhg. Dato' TKPKR (Pakar):
- Semua projek JKR hendaklah dilaksanakan secara IBS
- IBS merupakan satu mekanisma inisiatif teras strategic CITP
- Kelebihan-kelebihan IBS dapat melonjakkan prestasi dan keberdayasaingan industry pembinaan, meningkatkan kelestarian alam sekitar dan tahap keselamatan pekerja
- Semua pihak mempunyai peranan masing-masing untuk memastikan kejayaan pelaksanaan IBS di JKR.
- 850 bacaan