Sukacita dimaklumkan bahawa Cawangan Perancangan Aset Bersepadu, Jabatan Kerja Raya Malaysia akan menganjurkan Seminar JKR BIM DAY 2018 sepertimana ketetapan berikut:
Tarikh : 15 Oktober 2018 (Isnin)
Masa : 8:00 pagi – 5.00 petang
Tempat : Dewan Serbaguna, Pusat Kecemerlangan Kejuruteraan dan Teknologi JKR (CREaTE), Jalan Kemus, Simpang Ampat, 78000 Alor Gajah, Melaka.
(Koordinat : 2.453186 , 102.205752)
Aplikasi penggunaan Building Information Modeling (BIM) dalam kitar hayat pelaksanaan projek adalah selaras dengan hasrat kerajaan untuk mentransformasikan perkhidmatan awam dan sektor pembinaan negara ke arah ‘Digital Construction’ sejajar dengan Pelan Transformasi Industri Pembinaan (CITP) 2016-2020 dan Revolusi Perindustrian keempat atau IR 4.0. Justeru, penggunaan BIM dalam pelaksanaan projek telah dipilih sebagai salah satu inisiatif dalam Pelan Strategik JKR 2016-2020, di mana ia dilihat sebagai elemen yang mampu membantu jabatan untuk mencapai hasrat tersebut, selain dapat menambahbaik proses kerja pelaksanaan projek sedia ada.
Objektif program ini diadakan bertujuan mendedahkan kepentingan dan faedah penggunaan BIM dalam kitar hayat pelaksanaan projek yang akan dibangunkan menerusi kaedah BIM kepada warga JKR.
Sebarang pertanyaan lanjut mengenai seminar boleh berhubung dengan penyelaras-penyelaras seminar di talian seperti berikut :
NOORWIDHAYU BINTI MOHD BAKRI
Cawangan Perancangan Aset Bersepadu
Emel : noorwidhayu [at] jkr.gov.my ( (link sends e-mail))
Tel : 03 – 2618 7137
NUR ATIRA BINTI AMRAN
Cawangan Perancangan Aset Bersepadu
Emel : nuratira [at] jkr.gov.my ( (link sends e-mail))
Tel : 03 – 2618 7320
Sekian, terima kasih.
Disediakan :
Unit Building Information Modeling (BIM)
Cawangan Perancangan Aset Bersepadu
Jabatan Kerja Raya Malaysia
- 1896 bacaan