SEMINAR KCONNECT 2016, 17hb Mei 2016 di SASANA KIJANG
Satu seminar Pengurusan Pengetahuan yang berfokuskan Communities of Practice (CoP) telah dianjur bersama oleh Unit ECKM CPAB dan Knowledge Connections (KCSB) pada 17 Mei 2016, di Sasana Kijang, Bank Negara Malaysia. Seminar separuh hari ini telah dihadiri oleh lebih 100 orang daripada agensi Kerajaan, ahli akademik dan badan berkanun.
Objektif seminar ini adalah untuk berkongsi pengalaman dalam pelaksanaan Pengurusan Pengetahuan, termasuk pembangunan CoP. Kelainan yang ada pada seminar ini adalah dari aspek penggunaan teknik dalam menyampaikan maklumat dan pengetahuan, iaitu; selain daripada pembentangan kertas kerja, peserta juga telah didedahkan kepada teknik “Fishbowl” , “Knowledge Café” dan grafik visual.
Seminar ini bermula pada jam 9.00 pagi dengan ucapan perasmian yang telah disampaikan oleh YBhg. Dato' Ir. Dr.Hasnul Mohamed Salleh, Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Bangunan) mewakil Ketua Pengarah Kerja Raya Malaysia.
Seminar ini diteruskan dengan Dua (2) kertas kerja yang telah dibentangkan, iaitu, oleh;
1) Prof. Dr. Mohamed Ridza bin Wahiddin daripada Universiti Islam Malaysia, bertajuk “Cultivating Communities of Practice in the Academia” dan
2) Dr. SV Lingam daripada Paradigm Sdn. Bhd , bertajuk “An Overview of Factors Influencing Knowledge Sharing in Organisations”.
Sesi yang seterusnya adalah Pengalaman pelaksanaan CoP dan inisiatif Pengurusan Pengetahuan JKR yang telah dikongsikan oleh Sr Roznita Othman di sesi “Fishbowl”. Lain-lain ahli panel terdiri daripada Kol. Zulkefli Abdullah daripada UPNM, En. Ahmad Khairuddin A. Rahim daripada MIDA dan Pn. Geeta Albert daripada KCSB. Peserta juga telah berinteraksi sesama sendiri di sesi Knowledge Café untuk bertukar pengalaman dalam isu berikut-
Seminar ini diakhiri dengan sesi rumusan dan penutup yang telah disampaikan oleh Dato’ Dr. Zaiton Osman, Perunding Prinsipal KCSB. Seminar ini diharapkan telah memberi menafaat kepada semua peserta dari segi penggunaaan kaedah dan teknik pengurusan pengetahuan semoga budaya perkongsian ilmu di sektor awam dapat dipupuk.
- 1069 bacaan