Tanggal 5 September 2019, SEMINAR KUALITI PERSEKITARAN DALAMAN anjuran bersama Cawangan Kejuruteraan Mekanikal dan Pusat Kecemerlangan Kejuruteraan Dan Teknologi (CREaTE) telah diadakan dengan jayanya bertempat di Dewan CREaTE, Pusat Kecemerlangan Kejuruteraan Dan Teknologi (CREaTE).
Perasmian seminar telah disempurnakan oleh Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Pakar), YBrs. Ir. Kamaluddin bin Haji Abdul Rashid dengan disaksikan oleh YBrs. Ir. Razdwan bin Kasim, Pengarah Kanan Cawangan Kejuruteraan Mekanikal dan YBrs. Dr. Maziah binti Mohammad, yang menjalankan tugas Pengarah Kanan, Pusat Kecemerlangan Kejuruteraan Dan Teknologi (CREaTE) serta dihadiri oleh Pengarah – Pengarah Kanan, Pengarah - Pengarah Ibu Pejabat JKR Malaysia & JKR Negeri.
Objektif seminar adalah mempromosikan pelaksanaan persekitaran dalaman berkualiti dalam industri pembinaan negara dan seterusnya memperkasakan persekitaran dalaman yang berkualiti, selesa, sihat dan selamat bagi memacu produktiviti individu di dalam bangunan khususnya dan produktiviti negara amnya.
Seminar tersebut telah dihadiri oleh hampir 300 peserta yang terdiri daripada wakil cawangan – cawangan Ibu Pejabat, JKR Negeri , agensi kerajaan, institusi pengajian tinggi dan industri.
Anjuran seminar ini juga merupakan platform terbaik perkongsian maklumat, pengetahuan dan pengalaman melalui pembentangan kertas kerja di samping bertukar-tukar pendapat mengenai isu-isu semasa kualiti persekitaran dalaman. Seminar ini telah menyaksikan enam (6) pembentang kertas kerja daripada JKR sendiri, agensi kerajaan, akademik, industri dan persatuan yang berkongsi pengetahuan dan pengalaman serta teknologi terkini berkaitan persekitaran dalaman.
Kertas-kertas kerja tersebut telah dibentangkan oleh:
- Ir. Dr. Abdul Murad bin Zainal Abidin
Cawangan Kejuruteraan Mekanikal Ibu Pejabat JKR Malaysia
- Pn. Hazlina binti Yon
Jabatan Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan Malaysia
- Ar. Alice Leong Pek Lian
Persatuan Arkitek Malaysia
- Prof. Madya Dr. Veronica Chua Poh Choo
Universiti Putra Malaysia
- Ir. Ng Yong Kong
ASHRAE Malaysian Chapter (MASHRAE)
- YBhg. Datuk Dr. Ahmad Shukri bin Md Salleh
KPJ Damansara
Seminar ini juga telah turut disertai oleh oleh lapan (8) pempamer daripada pihak JKR sendiri dan juga daripada pihak pembekal dan industri yang merupakan satu peluang terbaik untuk peserta mengakses secara terus maklumat, teknologi, produk di samping menjana komunikasi strategik dalam bidang kualiti persekitaran dalaman.
Setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak CKM, CREaTE dan pihak urusetia serta semua pihak yang terlibat dalam memberikan kerjasama dan komitmen yang tidak berbelah bahagi dalam memastikan kelancaran seminar ini. Kejayaan penganjuran seminar ini adalah hasil kesungguhan, komitmen serta kerjasama erat dari semua pihak yang terlibat.
- 1027 bacaan