Date: Jumaat, April 26, 2019

Seminar on Occupational Safety and Health Towards Sustainability Agenda: High-Rise, Complex Structures and Confined Spaces telah berlangsung pada 23 – 24 April 2019 di Dewan Tan Sri Mahfoz Khalid, Kuala Lumpur. Seminar dua (2) hari tersebut adalah anjuran Pertubuhan Profesional JKR Malaysia (ProJKRM).

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Tuan Haji Mohd. Anuar bin Mohd. Tahir, Timbalan Menteri Kerja Raya. Majlis turut dihadiri oleh Yang Berbahagia Dato’ Dr Ong Gua Pak, Timbalan Ketua Setiausaha Sektor Pengurusan, Kementerian Kerja Raya, Yang Berusaha Ir. Kamaluddin bin Haji Abdul Rashid, Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya Sektor Pakar, Yang Berbahagia Datuk Ir. Elias bin Ismail, Pengurus Besar Kanan Sektor Pembangunan Teknologi, Lembaga Pembangunan Industri Malaysia (CIDB), dan Yang Di Pertua ProJKRM, Ir. Zulkifli bin Ahmad, Pengarah Kanan Cawangan serta Pengarah – Pengarah Cawangan.

Seminar ini diadakan bagi mewujudkan kesedaran disamping perkongsian ilmu, inovasi, cabaran, pendekatan dan pengalaman berkaitan keselamatan & kesihatan pekerjaan bagi bangunan tinggi, bangunan kompleks dan ruang tertutup (high rise, complex structure and confined spaces) yang boleh membantu mencapai agenda kelestarian (sustainability agenda).

Ucaptama telah disampaikan oleh Yang Berusaha Ir. Zulkifli bin Ahmad, Yang Di Pertua ProJKRM dan sebanyak dua (2) Kertas Utama (Key Note Paper) dan sepuluh (10) kertas kerja telah dibentangkan pada seminar ini yang disampaikan oleh pakar–pakar dalam bidang Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan seperti berikut:

 

Kertas Utama (Key Note Paper):

  1. Safety & Health Towards Sustainability oleh YBrs. Ir. Haji Omar bin Mat Piah, Ketua Pengarah, DOSH
  2. Leadership for OSH Management Sustainability oleh YBhg. Dato’ Sri Ir. Dr. Judin bin Abdul Karim, CEO MRCB

 Kertas Kerja:

  1. Pelan Strategik KKP: Industri Pembinaan OSHMP MP 2020 Towards Sustainability AgendaHigh Rise, Complex Structures & Confined Spaces oleh Mohd. Najib bin Tugiman, Department of Occupational Safety & Health Malaysia (DOSH)
  2. Working Safely In Confined Spaces At Scheduled Waste Treatment And Disposal Facilities oleh Muhammad Fauzan bin Baharudin, Kualiti Alam Sdn. Bhd.
  3. The Occupational Safety And Health Related To Code Of Practice For Working In Confined Space oleh Hjh Maimunah binti Hj Khalid, Global Institute of Safety Management (GISM)
  4. Focusing On Occupational Health Issues Of The Construction Industry oleh Dr. Priya A/P Ragunath, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)
  5. The Emerging Trend in Adopting Self Performing Perimeter Safety Protection  Device in IBS High Rise Construction oleh Louis Tay, Sudut Swasta Group (PLYTEC)
  6. Fire Safety In High-Rise And Confined Spaces: Design Approach oleh DC Edwin Galan Teruki, Jabatan Bomba Dn Penyelamat Malaysia
  7. Fire And Life Safety Management At High-Rise Building oleh Amirul Hakim bin Md Zubir, KLCC Urusharta Sdn Bhd
  8. Updates on OSH Enforcement in Construction Industry in Malaysia oleh Abdul Hadi bin Ismail
  9. The Evolution of OHS MS Standards oleh Ahmad Tarmizi Mohammad, SIRIM STS International Sdn Bhd
  10. Empowering OSH Competent People: Moving Forward as OSH  Professonal Under OSH Competency Framework oleh Mohamad Aliasman bin Morshidim, DOSH.

 

             Seminar tahun ini adalah pertama kali diadakan dan berjaya menepati sasaran peserta kerana selain daripada penyertaan kakitangan JKR Malaysia di peringkat Ibu Pejabat, Negeri dan Daerah terdapat juga dari pihak penggiat industri, pembekal, perunding, professional, kontraktor serta pegawai kerajaan dari jabatan lain.