Date: Isnin, Julai 29, 2019

Sukacita dimaklumkan bahawa Cawangan Perancangan Aset Bersepadu, Jabatan Kerja Raya Malaysia akan mengadakan Seminar Pengurusan Aset 2019 - “Readiness and Challenges Towards IR 4.0” pada 20hb Ogos 2019 bertempat di Dewan Azman Hashim, UTM Kuala Lumpur.

Tujuan utama Seminar Pengurusan Aset 2019 diadakan adalah untuk memperkasakan bidang pengurusan aset kerajaan dalam mendepani cabaran Revolusi Industri 4.0 di peringkat negara dan global amnya. Tema seminar kali ini ialah “Potensi IR4.0 Dalam Pengurusan Aset Kerajaan”. Sila rujuk Lampiran A yang disertakan untuk kandungan dan aturcara seminar.

Sehubungan dengan itu, YBhg. Dato’/ Datin/ tuan/ puan serta semua pegawai dan kakitangan Jabatan Kerja Raya Malaysia terutamanya yang menjalankan tugas berkaitan pengurusan aset & fasiliti (aset tak alih) adalah dijemput untuk menghadiri seminar ini. Penyertaan adalah percuma, dengan pihak penganjur hanya menyediakan makan dan minum sepanjang tempoh seminar. Segala tuntutan perjalanan mengikut kelayakan perlu dikemukakan terus ke pejabat masing-masing. Sila rujuk Lampiran B untuk sasaran/ kuota peserta daripada cawangan & negeri/ daerah masing-masing.

Pegawai yang berminat atau yang dicalonkan dikehendaki melengkapkan Lampiran C (Borang Maklum Balas Penyertaan) seperti yang dilampirkan, dan dikemukakan ke Bahagian Perundingan Pengurusan Aset, Cawangan Perancangan Aset Bersepadu selewat-lewatnya pada 13hb Ogos 2019 (Selasa). Pegawai adalah dinasihatkan untuk mendapatkan kebenaran/ pelepasan daripada pegawai penyelia masing-masing sebelum mengemukakan permohonan/ pencalonan. Penyertaan adalah terhad dan berdasarkan ‘first come, first served basis’. Pegawai-pegawai yang berjaya akan dimaklumkan melalui e-mel dan DIWAJIBKAN hadir ke seminar ini.

Sebarang pertanyaan mengenai seminar ini bolehlah menghubungi pegawai berikut:

i)          Ir Asrul Effendi bin Jamlus

            Tel: 03 2610 7888 / e-mel: asruleffendi [at] jkr.gov.my, atau

ii)         En Azrul Hanif bin Ab. Halim (pendaftaran)

            Tel: 03 2610 7553 / e-mel: azrulhanif [at] jkr.gov.my