Date: Isnin, Julai 24, 2017

Seminar Pengurusan Fasiliti JKR 2017 anjuran Bahagian Perundingan Pengurusan Aset, Caw. Perancangan Aset Bersepadu telah berlangsung pada 18 Julai 2017 bertempat di Dewan Azman Hashim, Menara Razak, UTM Kuala Lumpur, Jalan Semarak.

Seminar ini bertujuan untuk memberi kefahaman kepada pendekatan baru dalam pelaksanaan Kontrak Pengurusan Fasiliti dan Penyenggaraan JKR, memberi kesedaran terhadap kepentingan penggunaan eSPFB dan lesson learnt yang berkaitan dan juga memberi pendedahan terhadap pelaksanaan pendaftaran kontraktor fasiliti oleh CIDB.

Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Bangunan), YBrs. Tn. Kamaluddin bin Haji Abdul Rashid, telah berbesar hati untuk merasmikan seminar ini yang dihadiri oleh kakitangan Jabatan Kerja Raya dan kader yang terlibat dalam pengurusan fasiliti dengan jumlah keseluruhan peserta adalah seramai lebih kurang 220 orang.

Sebanyak 6 kertas kerja yang dibentangkan pada seminar ini yang disampaikan oleh penceramah yang berpengalaman dalam bidang pengurusan fasiliti iaitu Pn. Madiah Binti Embong (Caw. Perancangan Aset Bersepadu), En. Rohizad Bin Hamdan Embong (Caw. Perancangan Aset Bersepadu), Ir. Mohd Fadhlin Bin Arshad (Caw. Perancangan Aset Bersepadu), Tn. Hj. Azman Bin Wan Ab. Rahman (Pejabat Pengurusan Fasiliti JKR, Kompleks Istana Negara), Sr. Syed Mahadhir Bin Wan Ibrahim (Caw. Perancangan Aset Bersepadu) dan Sr. Ida Zuraida Binti Mohd Yusoff (CIDB)

Dengan pengalaman, kepakaran dan pengetahuan yang dimiliki oleh para penceramah, seminar ini merupakan satu platform yang sesuai untuk kakitangan JKR bertukar pendapat, idea dan khidmat nasihat dalam memantapkan lagi bidang Pengurusan Fasiliti di sektor awam.

Berikut adalah senarai kertas kerja yang dibentangkan oleh pembentang:

Kertas Kerja 1: Pengenalan Kepada Condition Of Contract (COC) FMM 2016

Kertas Kerja 2: Garis Panduan Perolehan dan Pentadbiran Kontrak Pengurusan Fasiliti dan Penyenggaraan

Kertas Kerja 3: Spesifikasi Teknikal Pengurusan Fasiliti & Penyenggaraan Bangunan

Kertas Kerja 4: Pengurusan Fasiliti Istana Negara

Kertas Kerja 5: Sistem Pengurusan Fasiliti Berpusat (eSPFB)

Kertas Kerja 6: Kertas Pembentangan 6 : Pendaftaran Kontraktor FM

Semua kertas kerja pembentangan boleh dimuat turun dari portal jpak.jkr.gov.my

Laporan berita oleh : Bahagian Perundingan Pengurusan Aset, Caw. Perancangan Aset Bersepadu