Seminar Pengurusan Fasiliti Sektor Awam 2015 anjuran Bahagian Perundingan Pengurusan Aset telah berlangsung pada 28 Oktober 2015 bertempat di Shah Alam Convention Centre, Shah Alam.
Seminar ini bertujuan memberi pendedahan kepada pegawai-pegawai sektor awam tentang konsep dan amalan terbaik dalam pengurusan fasiliti secara menyeluruh.
Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya Malaysia, YBhg. Dato’ Sri Zohari bin Haji Akob telah berbesar hati untuk menyampaikan ucapan perasmian seminar ini yang dihadiri oleh kakitangan JKR ibu Pejabat, JKR Negeri-Negeri, pegawai-pegawai Kader JKR dan pegawai dari kementerian yang terlibat dalam pengurusan fasiliti dengan jumlah keseluruhan peserta adalah seramai lebih kurang 375 orang. Pada sebelah petang pula, rumusan penutup telah disempurnakan oleh Pengarah Bahagian Perundingan Pengurusan Aset, YBrs. Ir. Ramli bin Mohd Yusoff.
Sebanyak 11 kertas kerja yang dibentangkan pada seminar ini yang disampaikan oleh penceramah yang berpengalaman dan pakar dalam bidang pengurusan fasiliti. Sesi pembentangan terbahagi kepada 3 sesi iaitu Sesi 1 : Facility Management Planning, Sesi 2 : Facility Management Services dan Sesi 3 : Facility Operation Services.
Dengan pengalaman, kepakaran dan pengetahuan yang dimiliki oleh para penceramah, seminar ini merupakan satu platform yang sesuai untuk kakitangan kerajaan bertukar pendapat, idea dan khidmat nasihat dalam memantapkan lagi amalan terbaik bidang Pengurusan Fasiliti di sektor kerajaan bertepatan dengan tema seminar ini iaitu “Amalan Pengurusan Fasiliti Ke Arah Aset Berprestasi Tinggi”.
Berikut adalah senarai kertas kerja yang dibentangkan oleh pembentang:
Sesi 1 : Facility Management Planning
Kerta Pembentangan 1 : Facility Management Practices in Total Asset Management
(Ir.Hj. Mohd Sabri Bin Mat Deris, Cawangan Perancangan Aset Bersepadu)
Kerta Pembentangan 2 : Facility Management Planning
(En. Mohd Rasyid bin Hussin, Widad Builder Istana Negara)
Sesi 2 : Facility Management Services
Kerta Pembentangan 3 : Quality, Safety & Health Management in Facility Management
(Cik Siti Hafsah binti Ahmad Nor, KFM Holdings Sdn. Bhd.)
Kerta Pembentangan 4 : Facility Risk Management
(Ir.Azizul bin Ariffin, Cawangan Perancangan Aset Bersepadu)
Kerta Pembentangan 5 : Energy Management in Facility Management
(Ir. Dr. Abdul Murad bin Zainal Abidin, Cawangan Kejuruteraan Mekanikal)
Kerta Pembentangan 6 : Facility Performance Management
(En.Rusman bin Md Lizah, AMPM Sdn. Bhd.)
Sesi 3 : Facility Operation Services
Kerta Pembentangan 7 : Facility Operation & Maintenance
(Ir. Syed Jaafar Idid bin Syed Abdyllah Idid, JKR Wilayah Putrajaya)
Kerta Pembentangan 8 : Facility Cleaning, Waste & Landscaping
(En. Muhammad Faizal bin Awaludin, KFM Holdings Sdn. Bhd.)
Kerta Pembentangan 9 : Facility Space Management & Operation
(Sr. Abdul Mutalib Aman Shah, AMAS FM Consultant Sdn. Bhd.)
Kerta Pembentangan 10 : Facility Condition Assessment
(Ir. Abu Harith bin Shamsuddin, Cawangan Senggara Fasiliti Bangunan)
Kerta Pembentangan 11 : Facility Information Management Tool
(En. Ahmad Sharainon bin Md. Shaarani, Microcorp Tech. Sdn. Bhd)
Slide pembentangan di seminar ini boleh didapati di laman web http://jpak.jkr.gov.my/
(Sumber dari Urus Setia Jawatankuasa Pengurusan Aset Kerajaan (JPAK))
- 959 bacaan