Date: Rabu, Oktober 19, 2016

Seminar Pengurusan Fasiliti Sektor Awam 2016 anjuran Bahagian Perundingan Pengurusan Aset telah berlangsung selama 2 hari iaitu pada 12 dan 13 Oktober 2016 bertempat di Dewan Auditorium, Sasana Kijang, Bank Negara Malaysia, Kuala Lumpur.


Seminar ini bertujuan untuk mewujudkan kesedaran isu-isu dan cabaran dalam kontrak Pengurusan Fasiliti Kerajaan, memberi pendedahan amalan pentadbiran kontrak pengurusan fasiliti kerajaan , menerapkan budaya pentadbiran Kontrak Pengurusan Fasiliti yang  cekap dan membina keyakinan pelanggan terhadap konsep Kontrak Pengurusan Fasiliti Kerajaan dalam meningkatkan sistem penyampaian agensi kerajaan.


Ketua Pengarah Kerja Raya, YBhg. Dato’ Sri Ir. Dr. Roslan Bin Md Taha, telah berbesar hati untuk menyampaikan ucapan perasmian seminar ini yang dihadiri oleh kementerian dan agensi, agensi pakar dan khusus, Jabatan Kerja Raya dan kader yang terlibat dalam pengurusan fasiliti dengan jumlah keseluruhan peserta adalah seramai lebih kurang 453 orang.


Sebanyak 11 kertas kerja yang dibentangkan pada seminar ini yang disampaikan oleh penceramah yang berpengalaman dalam bidang pengurusan fasiliti iaitu Sr. Jamisah Binti Ibrahim (JKR Wilayah Persekutuan Putrajaya), Ir. Saiful Muzamir Bin Ismail (Unit Kerjasama Awam Swasta(UKAS)), En. Mohammad Izrai Bin Abd. Razak dan Pn. Armai Binti Mohamed (Universiti Teknologi MARA, UiTM), En. Fauzi Che Mohamad (Ambang Wira Sdn. Bhd.), Ir. Mohd Fuad Salim Abd. Rahman (Telekom Malaysia Berhad), En. Mohammad Shahrizal Bin Mohammad Idris ( Global Facilities Management Sdn. Bhd.), Ir. Hj. Azizul Bin Ariffin (Caw. Senggara Fasiliti Bangunan), Mohd Azizi Bin Ibrahim (Kem. Kesihatan Malaysia), Tn. Hj. Suleiman Bin Md Yusuf (Caw. Perancangan Aset Bersepadu), Encik Mat Nizi Bin Mamat (Kementerian Kerja Raya Malaysia) dan En. Mohd Mazhar Bin Mohd Marzuki (Malaysian Association of Facility Management). Dengan pengalaman, kepakaran dan pengetahuan yang dimiliki oleh para penceramah, seminar ini merupakan satu platform yang sesuai untuk kakitangan kerajaan bertukar pendapat, idea dan khidmat nasihat dalam memantapkan lagi bidang Pengurusan Fasiliti di sektor awam.

Berikut adalah senarai kertas kerja yang dibentangkan oleh pembentang:


Kertas Kerja 1 : Perolehan Kontrak Facilities Management & Maintenance (FMM) JKR : Perkongsian Pengalaman JKR WP Putrajaya

Kertas Kerja 2 : FM Dalam Projek Private Partnership (PPP)/Private Fund Intiative (PFI)

Kertas Kerja 3 : Perkongsian Pengalaman Dalam Pengurusan Fasiliti UiTM

Kertas Kerja 4 : Pengurusan Prestasi Kontrak Konsesi Pengurusan Dan Penyenggaraan Bangunan Gunasama Persekutuan (Zon Selatan dan Zon Sarawak)

Kertas Kerja 5 : Converging Facilities Towards Life & Business Easier in TM

Kertas Kerja 6 : Implementation Of FM in PPP/PFI Project – A Case Study At UiTM Campuses

Kertas Kerja 7 : Amalan Penyeliaan & Pengurusan Prestasi Dalam Kontrak Pengurusan Fasiliti JKR di Kompleks : Custom Imigration & Quarantine (CIQ) Dan JB Sentral

Kertas Kerja 8 : Pelaksanaan & Pengurusan Kontrak Konsesi Perkhidmatan Sokongan Hospital

Kertas Kerja 9 : Pengenalan Aplikasi MyBangunan ke Arah Keberkesanan Pengurusan Fasiliti & Penyenggaraan Bangunan – Bangunan Kerajaan

Kertas Kerja 10 : Kompetensi Teras kepada Pengurus Fasiliti Mengikut Amalan International Facilities Management Association (IFMA)

Kertas Kerja 11 : Pembangunan Profesional dalam Pengurusan Fasiliti Mengikut Perspektif Malaysia Association of Facilities Management (MAFM)

Kertas kerja pembentangan Seminar Pengurusan Fasiliti Sektor Awam 2016 boleh dimuat turun di laman sesawang :-

jpak.jkr.gov.my

Laporan berita oleh : Urus Setia Jawatankuasa Pengurusan Aset Kerajaan (JPAK)