Date: Jumaat, September 15, 2017

Seminar Pengurusan Fasiliti Sektor Awam 2017 anjuran Urusetia Jawatankuasa Pengurusan Aset Kerajaan, Bahagian Perundingan Pengurusan Aset, Caw. Perancangan Aset Bersepadu telah berlangsung selama dua hari iaitu pada 12 hingga 13 September 2017 bertempat di Dewan Auditorium Sasana Kijang, Bank Negara Malaysia, Kuala Lumpur.

Pemangku Pengarah Kanan Cawangan Perancangan Aset Bersepadu, En. Mohd Rahim bin Kawangit telah menyampaikan ucapan aluan bagi seminar ini dan antara tujuan seminar ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan berkenaan dengan Pengurusan Fasiliti (Facilities Management)  yang terkini dan pelaksanaannya kepada kakitangan awam meliputi penggunaan teknologi dan ICT beserta amalan – amalan terbaik pengurusan fasiliti dalam sektor awam dan swasta.

Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya, YBhg. Dato’ Sri Zohari bin Haji Akob berbesar hati  menyampaikan ucapan perasmian manakala Keynote Address telah disampaikan oleh YBhg. Dato’ Sri Ir. Dr. Roslan bin Md Taha, Ketua Pengarah Kerja Raya

Sebanyak 10 kertas kerja telah dibentangkan pada seminar ini yang disampaikan oleh penceramah yang berpengalaman dalam bidang pengurusan fasiliti iaitu :-

I. The direction from MAFM or way forward to drive FM Industry in Malaysia – Y.Bhg. Tan Sri Dato’ (Dr) Ir. Jamilus bin Hussein (Chairman/CEO KLIA Premier Holdings and President of MAFM)
II. Balancing Smart FM Impact To Human Capital - En. Ahmad Sha’rainon bin Md. Shaarani (Microcorp Sdn. Bhd. )
III. Keperluan Pengurusan Tenaga di Bangunan Kerajaan– Ir. Dr. Abdul Murad bin Zainal Abidin (Caw. Kejuruteraan Mekanikal, JKR)
IV. Brunsfield BIM Journey-7D-BBIM for Facility Management – Ir How Yoke Teng (Brunsfield International Group)
V. Pendaftaran dan Pembangunan Kontraktor FM – Sr. Ida Zuraida Binti Mohd Yusoff (Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB))
VI. Pengenalan Kepada Condition Of Contract (COC) FMM 2016 – Ir. Hj. Mohd Sabri bin Mat Deris (Caw. Pengurusan Aset Bersepadu, JKR)
VII. Performance Management in PPP/PFI Concession for Facilities Management Services - En. Mohammad Shahrizal bin Mohammad Idris (Global Facilities Management Sdn. Bhd)
VIII. Perkongsian Pengalaman : Pengendalian FM di Pelbagai Segmen Pasaran – En. Amir bin Hj. Ayub (THP Sinar Sdn. Bhd.)
IX. Total Integrated Facility Management – Above and Beyond Client’s Expectation– En. Noor Hasnol bin Osman (Pengarah Operasi Chulia FM Sdn. Bhd.)
X. FM Competencies in Managing High Rise Building – En. Saharani Bin Jaafar (KLCC UrusHarta Sdn. Bhd.)

Dengan pengalaman, kepakaran dan pengetahuan yang dimiliki oleh para penceramah, seminar ini merupakan satu medium dalam memberi pendedahan kepada kakitangan awam tentang pengurusan fasiliti dan penyenggaraan sektor awam yang berkesan.

Seminar tahunan ini  telah diadakan semenjak tahun 2014 dan kali ini berjaya menepati sasaran peserta sebanyak 99% iaitu seramai 495 orang yang dihadiri oleh kementerian dan agensi, agensi pakar dan khusus, Jabatan Kerja Raya dan kader yang terlibat dalam pengurusan fasiliti.

Laporan berita oleh : Urusetia Jawatankuasa Pengurusan Aset Kerajaan (JPAK)