Date: Selasa, Ogos 29, 2017

Bahagian Perundingan Pengurusan Aset, Caw. Perancangan Aset Bersepadu akan menganjurkan Seminar Pengurusan Fasiliti Sektor Awam 2017 yang akan berlangsung selama dua hari iaitu pada 12 hingga 13 September 2017 bertempat di Dewan Auditorium Sasana Kijang, Bank Negara Malaysia, Kuala Lumpur.

Seminar ini bertujuan untuk memberi pendedahan berkenaan dengan Pengurusan Fasiliti (FM) yang terkini dan pelaksanaannya kepada kakitangan awam meliputi penggunaan teknologi dan ICT beserta amalan – amalan pengurusan fasiliti dalam sektor awam dan swasta.

Antara objektif seminar ini diadakan adalah :-

  1. Memberi pendedahan kepada keperluan kontrak PWD FMM 2016 di dalam perlaksanaan pengurusan fasiliti dan penyenggaraan premis Kerajaan
  2. Memberi pendedahan terhadap pengurusan fasiliti dalam sektor awam dan swasta
  3. Memberi pendedahan terhadap pelaksanaan pendaftaran kontraktor fasiliti oleh CIDB
  4. Memberi pendedahan terhadap penggunaan teknologi dan ICT dalam pengurusan fasiliti

Sebanyak 10 kertas kerja akan dibentangkan pada seminar ini yang disampaikan oleh penceramah yang berpengalaman dalam bidang pengurusan fasiliti iaitu :-

I) The direction from MAFM or way forward to drive FM Industry in Malaysia – YBhg. Tan Sri Dato’ (Dr) Ir. Jamilus bin Hussein (Chairman/CEO KLIA Premier Holdings and President of MAFM)

II) Balancing Smart FM Impact To Human Capital - En. Ahmad Sha’rainon bin Md. Shaarani (Microcorp Sdn. Bhd. )

III) Keperluan Pengurusan Tenaga di Bangunan Kerajaan– Ir. Dr. Abdul Murad bin Zainal Abidin (Caw. Kejuruteraan Mekanikal, JKR)

IV) Brunsfield BIM Journey-7D-BBIM for Facility Management – Ir. How Yoke Teng (Brunsfield International Group)

V) Pendaftaran dan Pembangunan Kontraktor FM – Sr. Ida Zuraida Binti Mohd Yusoff (Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB))

VI) Pengenalan Kepada Condition Of Contract (COC) FMM 2016 – Ir. Hj. Mohd Sabri bin Mat Deris (Caw. Pengurusan Aset Bersepadu, JKR)

VII) Performance Management in PPP/PFI Concession for Facilities Management Services - En. Mohammad Shahrizal bin Mohammad Idris (Global Facilities Management Sdn. Bhd)

VIII) Perkongsian Pengalaman : Pengendalian FM di Pelbagai Segmen Pasaran – En. Amir bin Hj. Ayub (THP Sinar Sdn. Bhd.)

IX) Total Integrated Facility Management – Above and Beyond Client’s Expectation– En. Noor Hasnol bin Osman (Pengarah Operasi Chulia FM Sdn. Bhd.)

X) FM Competencies in Managing High Rise Building – En. Saharani Bin Jaafar (KLCC UrusHarta Sdn. Bhd.)

Dengan pengalaman, kepakaran dan pengetahuan yang dimiliki oleh para penceramah, seminar ini mampu menjadi satu medium dalam memberi pendedahan kepada kakitangan awam tentang pengurusan fasiliti dan penyenggaraan sektor awam yang berkesan.

Sebarang pertanyaan boleh dibuat dengan menghubungi Pn. Rozia Hanim dan Pn. Masdiana di talian 03 2610 8538 / 7613 atau email Rozia.jkr [at] 1govuc.gov.my ( (link sends e-mail))Masidana.jkr [at] 1govuc.gov.my ( (link sends e-mail)).