Date: Rabu, November 23, 2016

Seminar Pengurusan Projek 2016 yang bertemakan “Driving Project Management Excellence Through Competency & Integrity” telah diadakan pada 22 November 2016 (Selasa) bertempat di Dewan Auditorium, Sasana Kijang, Bank Negara Malaysia, Kuala Lumpur dan dirasmikan oleh YBhg. Dato’ Ir. Hj. Mohd Daud bin Harun, Pengarah Kanan Cawangan Perancangan Aset Bersepadu (CPAB). Seminar ini merupakan sebahagian daripada usaha Jabatan dalam memperkasa dan memantapkan amalan pengurusan projek di sektor awam amnya, dan di JKR khususnya. Seramai 400 orang peserta yang terdiri daripada pegawai JKR daripada Ibu Pejabat, Negeri, Jurutera Daerah dan Kader telah menghadiri seminar tersebut.

Objektif seminar ini diadakan khusus bagi memberi pendedahan kepada pegawai JKR tentang konsep serta amalan terbaik dalam pengurusan projek secara menyeluruh serta lesson learned dalam menguruskan projek dan pentadbiran kontrak melalui perkongsian ilmu oleh penceramah berpengalaman dalam bidang pengurusan projek. Di samping itu juga, ianya bertujuan menerapkan budaya kerja yang amanah, jujur dan telus dalam memberikan perkhidmatan kepada rakyat.

Sebanyak tujuh (7) pembentangan telah diadakan iaitu:

i.    Isu Dalam Perancangan & Pelaksanaan Projek Daripada Perspektif Agensi Pusat
(Kamaruzaman Bin Hussen – Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri)
ii.    Pengurusan Tapak Bina – Menyingkap Masalah dan Penyelesaiannya
(Mohamad Salehhuddin Bin Othman – Pasukan Projek Khas Bangunan, JKR Malaysia)
iii.    Pentadbiran Kontrak – Kajian Kes Mahkamah dan Pengajaran Daripadanya
(Chandra Devi a/p Letchumanan – Jabatan Peguam Negara)
iv.    Iktibar Daripada Laporan Audit Negara
(Sr. Siti Baizura Binti Mohamad Noor – Pasukan Projek Khas Bangunan, JKR Malaysia)
v.    Project Monitoring Through Project Health Check & Intervention
(Hj. Roslan Bin Abd. Ghani – Cawangan Perancangan Aset Bersepadu, JKR Malaysia)
vi.    Kompetensi Dalam Pengurusan Projek – Satu Penilaian
(Sr. Junaidah Binti Sulaiman)
vii.    BIM –  JKR BIM Requirements Untuk Projek Reka & Bina
(Hj. Abdul Rahman bin Ambari – Cawangan Perancangan Aset Bersepadu, JKR Malaysia)

Adalah diharapkan seminar ini dapat membantu dan meningkatkan komitmen pegawai JKR dalam mengurus projek khususnya projek RMK-11 dengan lebih efektif dan berkesan.

*Nota pembentangan boleh dimuat turun daripada website JPedia JKR melalui pautan https://jpedia.jkr.gov.my/index.php/PM_Wiki (link is external)