Date: Rabu, September 12, 2018

Bahagian Perundingan Pengurusan Aset (BPPA), Cawangan Perancangan Aset Bersepadu (CPAB) telah menganjurkan seminar yang bertajuk Seminar On Proactive Maintenance For Designers di Institut Latihan Perindustrian (ILP), Kuala Lumpur pada 4 - 5 September 2018.

Program selama dua (2) hari ini telah dirasmikan oleh YBrs. Ir. Harjit Singh a/l Inder Singh, Pengarah Bahagian Perundingan Pengurusan Aset dan disertai oleh seramai 170 orang terdiri daripada Pasukan Projek (HOPT) dan Pasukan Perekabentuk (HODT) projek-projek JKR .

Sebanyak sebelas (11) kertas pembentangan telah disampaikan oleh penceramah-penceramah yang terdiri daripada para akademik dari luar negara dan juga pegawai-pegawai JKR yang mempunyai kepakaran dan pengetahuan luas dalam bidang pengurusan aset dan fasiliti. Seminar ini telah memberi peluang kepada para peserta untuk berkongsi ilmu dan pengetahuan serta pendedahan berkenaan amalan penyenggaraan pro aktif di peringkat perancangan dan rekabentuk kepada Pasukan Projek dan Pasukan Perekabentuk projek-projek JKR bagi memastikan rekabentuk JKR mengambilkira rekabentuk kebolehsenggaraan dan amalan terbaik penyenggaraan pro aktif ke arah pewujudan aset berprestasi tinggi.

Antara kertas pembentangan yang dibentangkan adalah:

  1. Overview government total aset management (Tn. Ir. Hj. Mohd Sabri Bin Mat Deris)
  2. Design for Maintainability Concept (Dr. Kang Kok Hin)
  3. Design for Maintainability Practices (Dr. Kang Kok Hin)
  4. Design for Maintainability In Building Construction (Dr. Kang Kok Hin)
  5. Maintenance Lesson Learnt (Ir. Syed Jaafar Idid Bin Syed Abdyllah Idid)
  6. SKATA dan PeDATA (En. Mohd Zulhairi Bin Awang @ Hashim)
  7. Design for Maintainability-JKR Practices (Tn. Hj. Mohd Ilhami Bin Idrus)
  8. Life Cycle Cost dan Piawaian Jangka Hayat Aset (Pn. Noorsyarini Rosaria Binti Noordin)
  9. Post Occupancy Evaluation (POE) (Pn. Nor Sadilah Binti Sadikun)
  10. Space Management (Pn. Junaidah Binti Rosli)
  11. Building Performance Assessment  (Pn. Salawati Binti Sallan)

Slaid dan rumusan pembentangan boleh dimuat naik di portal J-Pedia atau di laman sesawang Jawatankuasa Pengurusan Aset Kerajaan (JPAK) http://jpak.jkr.gov.my/ (link is external)

Pihak BPPA, CPAB sebagai penganjur merakamkan ucapan jutaan terima kasih di atas sokongan pihak pengurusan atasan Jabatan dan semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan seminar tersebut.