Date: Khamis, Disember 31, 2015
Seminar ini telah diadakan pada 16 Disember 2015 bertempat di Dewan Tan Sri Mahfoz Khalid, Kompleks Kerja Raya Malaysia, Kuala Lumpur. 
 
Perasmian seminar ini telah disempurnakan oleh Y. Bhg.Datuk Ir. Hj. Adanan bin Mohamed Hussain, Ketua Pengarah Kerja Raya Malaysia dan di dahului dengan ucapan aluan-aluan oleh Y. Brs. Ir. Dr. Mohamad Nor bin Omar, Pengarah Cawangan Kejuruteraan Geoteknik, JKR Malaysia.
 
Seminar ini adalah anjuran bersama Cawangan Kejuruteraan Geoteknik (CKG) dan Pertubuhan Profesional JKR Malaysia (ProJKRM) dengan kolabrasi bersama Persatuan Geoteknik Malaysia (MGS). Seramai lebih 200 kakitangan dari kalangan professional JKR daripada Cawangan-cawangan di Ibupejabat JKR Malaysia dan JKR Negeri serta Daerah telah hadir. Sebanyak 8 bilangan syarikat swasta yang telah menyertai pameran yang turut diadakan sempena seminar ini.
 
Objektif program ini adalah bertujuan untuk memberikan pendedahan serta pengetahuan kepada golongan professional JKR  bagi memahami konsep-konsep rekabentuk dalam pembinaan struktur penahan serta menguruskan projek-projek yang melibatkan pemotongan tanah yang dalam. Kriteria-kriteria rekabentuk serta tatacara atau kaedah yang komprehensif perlu diambilkira dalam mengendalikan kerja-kerja pemotongan tanah yang dalam.
 
Penceramah-penceramah yang dijemput adalah terdiri dari kalangan ahli professional dan para akademik tempatan yang mempunyai pengalaman luas dalam bidang masing-masing. Kertas-kertas pembentangan oleh para penceramah adalah seperti berikut (klik untuk muat turun):-
 
Ucapan penutup seminar ini telah disempurnakan oleh Ir. Hj. Zulkifli bin Ahmad, Yang DiPertua Pertubuhan Profesional JKR Malaysia (ProJKRM).
 
  1. Ir. Dr. Chin Yaw Ming – Basic Understanding On Deep Excavation
  2. Ir. Dr. Hj. Affendi bin Abdullah – Overview On Retaining Structures (link is external)
  3. Prof. Ir. Dr. Hj. Ramli bin Hj. Nazir – Review on the Aspect of Geotechnical Consideration in Retaining Wall Design (link is external)
  4. Ir. Tan Yean Chin – MRT Line 1-Design and Construction of Deep Excavation in Limestone Formation (link is external)
  5. Ir, Dr. Dominic Ong Ek Leong – Importance of Understanding Geotechnical Fundamental and Local Geology for a Successful Deep Excavation Design (link is external)
  6. Prof. Dr. Fauziah binti Ahmad – Designing Retaining Structures Using Recycled and Its Related Material (link is external)
  7. Dr. Nor Azizi bin Yusoff – Silent Piling Technology: Recent Applications and Research in Malaysia (link is external)