Date: Khamis, Februari 6, 2020

Seminar on Route to Professional Engineer (P.E) by Board of Engineers Malaysia (BEM) merupakan sebahagian daripada inisiatif dan program Urus Setia Disiplin Awam JKR bagi menggalakkan jurutera awam di Jabatan Kerja Raya Malaysia berdaftar sebagai jurutera professional.

Sehubungan dengan itu, sukacita dimaklumkan bahawa Urus Setia Disiplin Awam, Jabatan Kerja Raya Malaysia dengan kerjasama Pusat Kecemerlangan Kejuruteraan dan Teknologi JKR (CREaTE) dan disokong oleh Board of Engineers Malaysia (BEM) dan Jabatan Kerja Raya Negeri Johor akan menganjurkan Seminar on Route to Professional Engineer (P.E) by Board of Engineers Malaysia (BEM) - Zon Selatan sepertimana ketetapan berikut :-

Tarikh             :           17 Februari 2020 (Isnin)
Masa               :           8:30 pagi - 1.00 petang
Tempat           :           Bilik Gerakan, Aras 1,
                                    Bangunan Dato’ Jaafar Muhammad,
                                    Kota Iskandar,
                                    79582 Iskandar Puteri,
                                    Johor Darul Ta’zim

Seminar ini bertujuan menggalakkan pegawai JKR terutama jurutera awam untuk memiliki kelayakan jurutera profesional bertauliah (Profesional Engineer (P.E)) yang juga merupakan keperluan utama jabatan terutama didalam kemajuan kerjaya pegawai. Seminar ini memberi penekanan kepada perkara-perkara berikut :

  1. Memberi panduan dan pendedahan kepada pegawai JKR untuk memiliki kelayakan profesional bertauliah (Profesional Engineer (PE)) untuk kemajuan kerjaya.
  2. Memberi panduan untuk memahami prosedur permohonan pendaftaran jurutera profesional melalui Board of Engineers Malaysia (BEM).
  3. Memberi panduan dan kaedah penyediaan laporan teknikal dan pengalaman kerja untuk persediaan menghadapi Professional Assesment Examination (PAE)

Sebarang pertanyaan lanjut mengenai seminar boleh berhubung dengan penyelaras seminar di talian seperti berikut :-

MOHD HAFIS BIN AHMAD
Urus Setia Disiplin Awam JKR
Emel    :           hafis [at] jkr.gov.my
Tel       :           03 - 2610 7540

NUR AZRIEN BINTI ABDUL AZIZ
Urus Setia Disiplin Awam JKR
Emel    :           nurazrien.jkr [at] 1govuc.gov.my
Tel       :           06 - 2610 7941

Permohonan boleh dibuat melalui Bahagian Penyelarasan Khidmat Sokongan (BPKS) cawangan masing-masing dengan menyelaras dan memajukan senarai nama peserta terus ke jkdisiplinawam [at] jkr.gov.my sebelum atau pada 13 Februari 2020 (Khamis).

Sekian, terima kasih.

“ Ke Arah Pengiktirafan Jurutera Profesional ”

 

URUS SETIA DISIPLIN AWAM
Jabatan Kerja Raya Malaysia