Date: Rabu, Februari 19, 2020

Seminar Route to Professional Engineer (P.E) by Board of Engineers Malaysia (BEM) - Zon Selatan merupakan sebahagian daripada inisiatif dan program Urus Setia Disiplin Awam JKR bagi menggalakkan jurutera awam di Jabatan Kerja Raya Malaysia berdaftar sebagai jurutera professional. Seminar ini telah berlangsung dengan jayanya pada 17 Februari 2020 (Isnin) bertempat di Dewan Serbaguna, JKR Daerah Johor Bahru, Johor Darul Ta’zim. Seminar ini telah dirasmikan oleh YBhg. Datuk Ir. Ruslan bin Abdul Aziz, Ketua Disiplin Awam, JKR Malaysia dan turut dihadiri oleh Ir. Hj. Mohd Noor Azudin bin Mansor, Timbalan Ketua Disiplin Awam, JKR Malaysia, Ir. Abu Bakar bin Abd. Aziz, Timbalan Pengarah Kerja Raya Negeri Johor dan pegawai-pegawai kanan JKR Ibu Pejabat dan Negeri.

Penganjuran seminar ini merupakan anjuran Urus Setia Disiplin Awam JKR dengan kerjasama Pusat Kecemerlangan Kejuruteraan dan Teknologi JKR (CREaTE) dan disokong oleh Board of Engineers Malaysia (BEM) dan Jabatan Kerja Raya Negeri Johor. Seminar ini telah dihadiri oleh lebih 50 orang peserta yang terdiri daripada pegawai-pegawai (Jurutera Awam) negeri dan kader dari pelbagai peringkat gred dari wilayah zon selatan (Johor, Melaka dan Negeri Sembilan) yang masih belum memiliki status jurutera profesional.

Majlis perasmian dimulakan dengan ucapan aluan dan perasmian oleh Ketua Disiplin Awam, JKR Malaysia, YBhg. Datuk Ir. Ruslan bin Abdul Aziz. Seminar kemudian diteruskan dengan taklimat oleh penceramah-penceramah jemputan dari Board of Engineers Malaysia (BEM) yang diwakili oleh Ir. Suhaizad bin Hj.Sulaiman (BEM Secretary) dan Ir. Mohd Noramil bin Mohd Daril (BEM Executive Director).

Terima kasih diucapkan kepada JKR Johor, Board of Engineers Malaysia (BEM), penceramah, para peserta dan semua pihak yang terlibat sepanjang penganjuran seminar ini.

“ Ke Arah Pengiktirafan Jurutera Profesional ”

URUS SETIA DISIPLIN AWAM
Jabatan Kerja Raya Malaysia

18 Februari 2020