Date: Rabu, September 12, 2018

Seminar On Slope Engineering Malaysia 2018 - Recent Advances In Slope Engineering By Experts In The Field telah berlangsung pada 4 – 5 September 2018 di Dewan Tan Sri Mahfoz Khalid, Kuala Lumpur. Seminar dua (2) hari tersebut adalah anjuran bersama Cawangan Kejuruteraan Cerun, JKR dan Pertubuhan Profesional JKR Malaysia (ProJKRM).

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Tuan Baru Bian, Menteri Kerja Raya. Majlis turut diserikan dengan kehadiran Yang Berbahagia Datuk Haji Sarani Bin Dollah, Timbalan Ketua Setiausaha Sektor Pengurusan, Kementerian Kerja Raya, Yang Berusaha Ir. Kamaluddin bin Haji Abdul Rashid, Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya Sektor Pakar, Yang Berbahagia Dato’ Ir. Ahmad Asri bin Abdul Hamid, Ketua Eksekutif, Lembaga Pembangunan Industri Malaysia (CIDB), Yang Berbahagia Dato’ Sr Aziz bin Abdullah, Timbalan Ketua Pengarah Bisnes menjalankan tugas Ketua Pengarah Lembaga Lebuhraya Malaysia, Yang Berusaha Ir. Hj. Zulakmal Bin Hj. Sufian, Pengarah Kanan Cawangan Jalan menjalankan tugas Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya Sektor Infra dengan diiringi oleh Ir. Mejar Mohammad Tajul Urus bin Tajuddin, Pengarah Cawangan Kejuruteraan Cerun dan Naib Yang Di Pertua ProJKRM, Ir. Hashim bin Buyu, Pengarah Kanan Cawangan serta Pengarah – Pengarah Cawangan.

Seminar ini diadakan bagi membincangkan isu semasa di dalam kejuruteraan cerun melalui empat (4) tema utama iaitu;

- Case History in Landslide and Lesson Learnt

- Landslide Monitoring and Early Warning,

- Rehabilitation, Mitigation & Prevention

- Landslide Hazard and Risk Assessment.

Ucaptama telah disampaikan oleh Yang Berusaha Ir. Kamaluddin bin Haji Abdul Rashid, Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya Sektor Pakar dan disusuli dengan pembentangan dua puluh lima (25) kertas kerja yang telah disampaikan oleh pakar–pakar dalam disiplin yang berkaitan Kejuruteraan Cerun, seperti berikut:

 1. Case History in Landslide and Lesson Learnt Assessment of landslide tragedies: A case strudy in Malaysia  oleh Ir. Kamal Bahrin bin Jaafar, JKR

2. Failure of soil nail wall at MRSM Bentong, Pahang oleh Pn. Siti Khadijah binti Othman, JKR

3. Investigation and rehabilitation works of landslide at Taman Idaman, Serendah, Hulu Selangor oleh En. Ramlan bin Abdul Razak, JKR

4. Failure of 3m high reinforced soil slope at Apartment Teratai Bukit Beruntung oleh Ir. Nur Wahida binti Bakhtiar, JKR

5. Failure of Soil Nail Slope in Malaysia – Case Study oleh En.  Choong Jeng Haur, JKR

6. An Artificial Rainfall from Spillway Effect to Natural Slope at Bakun Dam oleh Ir. Kamal Bahrin bin Jaafar, JKR

7. Slope Failure at Kolej Kemahiran Tinggi Mara (KKTM) Rembau Negeri Sembilan – Case Study oleh Puan Noor Akma binti Mohd Naru, JKR

8. Description and Development Mechanisms of the Landslide at Ulu Yam Perdana, Hulu Yam, Selangor, Malaysia oleh Ir. Wardatun Ahmar binti Abdul Manan, JKR

9. Landslide Monitoring and Early Warning System oleh En. Suhaimi bin Jamaludin, JKR

10. Challenges in Developing of Rainfall-Based Landslide Early Warning System oleh En. Zulkhairi bin Ahmad, JKR

11. Monitoring of Slow Moving Landslide at KM 8.25, Jelawang-Gua Musang Road in the State of Kelantan, Malaysia oleh Puan Nurul Emily bin Zainuddin, JKR

12. Landslide Warning System for Gunung Pass at Sec.44, Simpang Pulai – Gua Musang Road (FT 185) using Total Station oleh En. Mohamad Nazri bin Ibrahim, JKR

13. Using Multi-GNSS Technology for Landslide Monitoring – Malaysian Experience oleh En. Zulkhairi bin Ahmad, JKR

14. State-of-the-Art in Landslide Prevention, Mitigation and Reconstruction oleh Ir. Dr. Che Hassandi Abdullah, JKR

15. Geotechnical Consideration in the Design and Construction of Landslide Shed at Sec.46, FT 185 oleh Ir. Dr. Norhidayu binti Kassim, JKR

16. Total re-development of Orang Asli settlement at Sungai Ruil, Cameron Highlands after debris flow incidence oleh Ir. Kamal Bahrin bin Jaafar, JKR

17. Restoration of Slope at Bukit Antarabangsa landslide oleh En. Suhaimi Jamaludin, JKR

18. Greening the Slope – PWD of Malaysia (JKR) Experience Towards Sustainable Development oleh Nicholas Jacob, Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia

19. Slope failure of road leading to TUDM Radar Complex, Bukit Ibam, Rompin, Pahang oleh Ir. Norziaty binti Mohd Noor, JKR

20. Landslide Hazard and Risk Assessment oleh En. Suhaimi bin Jamaludin, JKR

21. Using drone /UAV/UAS in data capturing for landslide investigation and modelling oleh En. Izwan bin Mashuri, JKR

22. Landslide Hazard and Risk Assessment JKR Malaysian Experience oleh En. Suhaimi bin Jamaludin, JKR

23. Landslide Quantitative Risk Assessment – The Tapah – Cameron Highland Road (FT 59) case study oleh Puan Norlida binti Abd Aziz, JKR

24. Development of landslide hazard assessment model for cut-slopes along the Tamparuli – Sandakan Road in Sabah oleh En. Suhaimi bin Jamaludin, JKR

25. Developing a ALARP for Malaysian scenario oleh En Ab. Rashid bin Ahmad, JKR

Seminar yang pertama kali diadakan ini telah berjaya menepati sasaran peserta kerana selain daripada penyertaan kakitangan JKR Malaysia di peringkat Ibu Pejabat, Negeri dan Daerah, seminar ini turut mendapat sambutan yang baik dengan kehadiran para peserta dari penggiat industri, pembekal, perunding, professional, kontraktor serta pegawai kerajaan dari jabatan lain.