Date: Khamis, September 14, 2017

Seminar Teknikal Kejuruteraan Mekanikal 2017 telah dianjurkan oleh Cawangan Kejuruteraan Mekanikal (CKM) Ibu Pejabat JKR Malaysia pada 14 September 2017, bertempat di Institut Kefahaman Islam Malaysia, Kuala Lumpur bertemakan 'Deliver With Quality'. Tema ini telah dipilih demi mensasarkan kepada pelaksanaan projek secara efektif dengan kualiti yang tinggi, kemasan yang baik dan rekabentuk yang optimum serta menjimatkan. Objektif seminar ini adalah;

  1.  Mewujudkan jalinan rangkaian kepakaran antara JKR, agensi luar dan badan-badan korporat;
  2. Mendedahkan perkembangan teknologi terkini sistem mekanikal kepada Jurutera Mekanikal JKR;
  3. Membincangkan dan bertukar pendapat berkenaan isu semasa berkaitan industri pembinaan amnya dan sistem mekanikal khususnya;
  4. Menyebarkan hasil-hasil penyelidikan dan berkongsi maklumat menerusi pembentangan kertas kerja;
  5. Meningkatkan inovasi dan kreativiti di kalangan Jurutera Mekanikal JKR.

Seminar ini telah dirasmikan oleh YBhg. Dato’ Sri Ir. Dr. Roslan bin Md Taha, Ketua Pengarah Kerja Raya Malaysia. Majlis dimulakan dengan bacaan doa dan disusuli dengan ucapan aluan oleh YBrs. Ir. Razdwan bin Kasim, Pengarah Khidmat Pakar CKM. Seminar diteruskan dengan acara kemuncak iaitu ucapan perasmian oleh YBhg. Dato’ Sri Ir. Dr. Roslan bin Md Taha. YBhg. Dato’ Sri KPKR juga telah menyempurnakan pelancaran dua (2) produk baharu CKM iaitu:

  1. JKR Energy Online System (JENOSYS); dan
  2. Spesifikasi Cekap Tenaga Sistem Penyaman Udara dan Sistem Lif.

Seminar ini telah disusun dengan pelbagai pengisian seperti pembentangan kertas kerja dan pameran produk. Berikut ialah senarai kertas kerja yang telah dibentangkan sepanjang seminar berlangsung:

  1. Implementing Energy Management System (EnMS) in Government Building oleh Ir. Dr. Abdul Murad bin Zainal Abidin (CKM, IPJKR);
  2. Innovative Solutions For Energy Efficient Solution oleh Mr. Gregers Reiman (IEN Consultants Sdn Bhd);
  3. Quality Improvement For Future Customer’s Expectation oleh Professor Madya Dr. Khairur Rijal bin Jamaludin (UTM Razak School in Engineering & Advanced Technology);
  4. Mechanical New Direction On BIM oleh En. Azilan bin Mohd Ali (CKM, IPJKR);
  5. Deliver High Performance Building Through BAS oleh Ir. Soong Peng Soon (GBI Commisioning Specialist);
  6. Inovasi Dan Kreativiti Kontraktor Di Dalam Meningkatkan Kualiti Kerja Pemasangan Mekanikal oleh Ir. Mohamed Azmi bin Salim (Persatuan Kontraktor Jentera Melayu Malaysia);

Antara pameran produk yang ada ialah;

  1. Kereta Honda City Hybrid oleh Honda Malaysia Sdn Bhd;
  2. Danfoss Pressure Independent Balancing & Control Valve (PIBCV) oleh EG Chemicals & Engineering Sdn Bhd;
  3. Medical Gas Equipment oleh WTK Technologies (M) Sdn Bhd;
  4. Inverter Modular Chiller oleh Acson Malaysia Sdn Bhd;
  5. Green Aerosol Fire Suppression System oleh Hub Technologies (M) Sdn Bhd;
  6. Sistem Pengawasan Kebakaran Automatik (SPKA iBOSS) oleh iSCADA Net Sdn Bhd; dan
  7. Dokumen Terbitan CKM oleh CKM IPJKR.