Date: Selasa, March 13, 2018

Seminar on Traffic Management at Work Zone – Meeting Mobility & Safety Needs telah berlangsung pada 6 – 7 Mac 2018 di Dewan Tan Sri Mahfoz Khalid, Kuala Lumpur. Seminar dua (2) hari tersebut adalah anjuran bersama Cawangan Jalan, Ibu Pejabat JKR Malaysia dan Pertubuhan Profesional JKR Malaysia (ProJKRM).

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YB Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Rosnah bt. Hj. Abdul Rashid Shirlin. Majlis turut dihadiri oleh YBhg. Dato’ Sri Zohari bin Haji Akob, Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya, YBhg. Dato' Sri Ir. Dr. Roslan bin Md Taha, Ketua Pengarah Kerja Raya Malaysia, Dato’ Ir. Dr. Meor Abdul Aziz bin Hj. Osman, Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Infra) dan turut diiringi oleh Ir. Hj. Zulakmal bin Hj. Sufian, Pengarah Kanan Cawangan Jalan serta Pengarah – Pengarah dan Ketua Bahagian dari Cawangan Sektor Infra.

Objektif seminar pada tahun ini adalah untuk mempromosikan Arahan Teknik Jalan 2C/85 Pindaan 2017 iaitu Manual on Traffic Control Devices – Temporary Signs and Work Zones Control dan Standard Spesifikasi Jalan Seksyen 19 iaitu Traffic Management at Work Zones. Selain itu, ia juga bertujuan meningkatkan kesedaran serta ilmu mengenai pengurusan trafik di zon kerja.

Ucaptama telah disampaikan oleh YBhg. Dato’ Sri Zohari bin Hj. Akob, Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya dan sebanyak tujuh (7) kertas kerja telah dibentangkan pada seminar ini yang disampaikan oleh penceramah yang berpengalaman dalam bidang pengurusan trafik seperti berikut:

1. Traffic Management at Work Zone – Challenges & Way Forward oleh YBhg. Dato’ Sri Zohari b. Hj. Akob, Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya

2. Begin with the End in Mind oleh Ir. Mohd. Shahrom b. Ahmad Saman, Cawangan Jalan

3. Designing Traffic Control Plan (TCP) for Implementation of Traffic Management at Work Zone (TMWZ) oleh Ir. Razhiah bt. Wahab, Cawangan Jalan

4. Strategies for Effective Implementation of TMP oleh Ir. Hj. Mohamed Shafii b. Mustafa, MSM Consultancy

5. The Specification of Devices at Work Zones oleh Ir. Hj. Wan Abdul Rahman b. Wan Hassan, Cawangan Jalan

6. Accidents and Lollipop Man, Who to be Blamed? oleh Pn. Norliza bt. Zulkifli, Ketua Penasihat Undang – Undang, Kementerian Kerja Raya

7. Traffic Management Plan: Procurement & Contractual Issues oleh Sr. Nik Zainal Alam b. Hasan, Cawangan Kontrak dan Ukur Bahan

8. TMP Implementation during Construction SO Perspective (Case Study) oleh Ir. Hj. Othman b. Ibrahim, Cawangan Jalan

Seminar yang pertama kali diadakan ini berjaya menepati sasaran peserta kerana selain daripada penyertaan kakitangan JKR Malaysia di peringkat Ibu Pejabat, Negeri dan Daerah terdapat juga dari pihak penggiat industri, pembekal, perunding, profesional dan juga kontraktor.