Date: Jumaat, Oktober 11, 2019

Seminar On Traffic Management At Work Zone (Tmwz): Practice Prevention – Avoid Correction anjuran bersama Cawangan Jalan dan Pertubuhan Profesional JKR Malaysia (ProJKRM) telah diadakan dengan jayanya pada 8 dan 9 Oktober 2019 bertempat di Hotel Premiera, Kuala Lumpur. 

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Tuan Haji Mohd Anuar bin Mohd Tahir, Timbalan Menteri Kerja Raya. Majlis turut dihadiri oleh Yang Berbahagia Dato' Abdul Razak Bin JaafarTimbalan Ketua Setiausaha Sektor Dasar & Pembangunan, Kementerian Kerja Raya, Yang Berbahagia Dato’ Dr Ong Gua Pak, Timbalan Ketua Setiausaha Sektor Pengurusan, Kementerian Kerja Raya, Yang Berbahagia Hj. Ir. Abdul Rahman Bin Baharuddin, Pengarah Kejuruteraan Pakar Keselamatan Jalan Raya & Forensik Jalan, Cawangan Jalan, Jabatan Kerja Raya, Yang Berbahagia Datuk Ir. Elias bin Ismail, Pengurus Besar Kanan Sektor Pembangunan Teknologi, Lembaga Pembangunan Industri Malaysia (CIDB) dan Yang Di Pertua ProJKRM, Ir. Zulkifli bin Ahmad, Pengarah Kanan serta Pengarah – Pengarah Cawangan Jabatan Kerja Raya.

Tujuan seminar ini diadakan adalah sebagai salah satu wadah kepada perkongsian ilmu dan pelaksanaan amalan terbaik yang dilaksanakan oleh sektor awam dan swasta berkaitan Pengurusan Trafik. Antara tajuk seminar yang akan dibincangkan adalah seperti berikut:

  • Organization Process Asset
  • Human resources and trainings (Competency, Knowledge, Skills, Attitude)
  • Technologies (existing and emerging new technology)
  • Best practices

Ucaptama telah disampaikan oleh Yang Berusaha Ir. Zulkifli bin Ahmad, Yang Di Pertua ProJKRM dan Kertas Utama Traffic Management at Work Zone (Tmwz): Practice Prevention – Avoid Correction (Key Note Paper) disampaikan oleh Yang Berusaha Hj. Ir. Abdul Rahman Bin Baharuddin, Pengarah Kejuruteraan Pakar Keselamatan Jalan Raya & Forensik Jalan, Cawangan Jalan. Lapan (8) kertas kerja telah dibentangkan pada seminar ini yang disampaikan oleh pakar–pakar dalam bidang Pengurusan Trafik seperti berikut:

Kertas Utama (Keynote Paper):

  1. Traffic Management at Work Zone - Challenges and Way Forward - oleh YBrs. Hj. Ir. Abdul Rahman Bin Baharuddin, Pengarah Kejuruteraan Pakar Keselamatan Jalan Raya & Forensik Jalan, Cawangan Jalan, JKR

 Kertas Kerja:

  1. Traffic Management at Work Zone (TMWZ): Actions Taken and Way Forward oleh Ir. Razhiah bt. Wahab, Bahagian Reka Bentuk Jalan 1 dan Kejuruteraan Geometri, Cawangan Jalan, JKR
  2. Draft Standard Operating Procedure for Road Closure oleh Cik Siti Khadijah bt Othman, Jurutera Awam Kanan, Cawangan Senggara Fasiliti Jalan, JKR
  3. Traffic Impact Assessment for Traffic Management at Roadwork Sites oleh Ir. Ravi Shankar, Perunding Trafik Klasik Sdn. Bhd.
  4. Safety in Traffic Management: Competency and Capability of the Personnel and Effective Management oleh Mohamad Aliasman bin Morshidi, OSH Professional (TechlOSH, SIIRSM) MSOSH Management Committee
  5. Kepentingan Kawalan Trafik Semasa Kerja – Kerja Penyelenggaraan Jalan oleh Amirul Ain bin Amran Jurutera Kanan, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur
  6. A High Engagement Training Method for Hazard Detection at Construction Site in Malaysia oleh Assoc. Prof. Dr. Law Teik Hua, Head of Road Safety Research Center, UPM
  7. Pengurusan Trafik di Kawasan Kerja Bagi Kerja – Kerja Rutin oleh Sharifudin bin Uyop, Roadcare (M) Sdn. Bhd
  8. Implementation of Traffic Management Plan (TMP) on Site oleh Mohamad Hairulnizam b. Mohamad Hamzah, TRAMS Sdn. Bhd.

 Seminar ini berjaya menepati sasaran peserta kerana selain daripada penyertaan kakitangan JKR Malaysia di peringkat Ibu Pejabat terdapat juga dari pihak perunding, professional, kontraktor serta pegawai kerajaan daripada jabatan lain.”