Date: Rabu, November 20, 2024

Pada 19 November 2024,  YB Dato Sri Alexander Nanta Linggi,Menteri Kerja Raya bersama  YB Datuk Seri Ahmad Maslan, Timbalan Menteri Kerja Raya telah mengadakan sesi "Borak Santai" bersama editor dan pengamal media di Hotel Seri Pacific. Program ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan dan menghargai peranan media dalam menyampaikan maklumat penting kepada rakyat.

Turut hadir sama bagi menjayakan program tersebut ialah YBhg. Dato' Seri Azman Bin Ibrahim, Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya dan barisan pengurusan atasan Kementerian Kerja Raya. 

YBhg. Datuk Wira Ir. Roslan bin Ismail, Ketua Pengarah Kerja Raya bersama barisan Timbalan-Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya dan Pengarah Cawangan Dasar dan Pengurusan Korporat turut hadir ke majlis ini.

Sesi "Borak Santai" ini diadakan untuk memperkukuh hubungan kerja antara Kementerian Kerja Raya serta agensi dibawahnya bersama pihak media, di samping mengiktiraf sumbangan mereka dalam menyebar luas maklumat kepada orang ramai.

#IamJKR #KitaJKR #JKRsynergy
#JasaKepadaRakyat

 Foto ihsan Unit Komunikasi Korporat, Kementerian Kerja Raya.