Date: Khamis, April 15, 2021

Sukacita dimaklumkan bahawa satu sesi kunjungan mesra ‘courtesy visit’ antara wakil pekerja Majlis Bersama Jabatan (MBJ) bersama Y. Bhg. Dato’ KPKR telah diadakan pada 12 April 2021 bagi membincangkan hal-hal berkaitan isu-isu kebajikan, kewangan, pentadbiran, kemudahan dan fasiliti, skim perkhidmatan / perjawatan dan masalah kesatuan pekerja serta isu semasa di JKR.  

Pihak MBJ amatlah menghargai jasa Ketua Pengarah JKR, pengurusan atasan serta Pengarah CDPK yang sudi menerima kunjungan hormat dan meluangkan masa mendengar segala isu-isu yang telah dibangkitkan oleh wakil pekerja MBJ pada setiap kali mesyuarat bersama MBJ yang diadakan 3 kali dalam setahun.

Lawatan ini telah dihadiri oleh Ketua Pengarah Kerja Raya Malaysia, Y. Bhg. Dato’ Ir. Zulkefly  Bin Sulaiman, selaku Pengerusi MBJ, Pengarah CDPK Y. Bhg. Dato’ Ir. Haji Masri Bin Baharuddin dan Pn. Norazian Binti Salleh, Ketua Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, CDPK JKR Malaysia yang mewakili pihak Majikan.  

Wakil pekerja pula diwakili oleh Ir. Ts. Mohamed Mohideen sebagai Naib Pengerusi MBJ merangkap Pengerusi Pihak Pekerja JKR Malaysia (wakil ProJKRM), En. Zolkefli Bin Abdullah sebagai Setiausaha Bersama MBJ (wakil AUEGCAS), Puan Fadini Binti Mohamad Razali (wakil ProJKRM), En. Mohd Zan Bin Osman (wakil MTSU Malaysia) dan En. Ashadi Bin Azmi (wakil bagi skim F).       

Lawatan ini juga bertujuan untuk mengukuhkan hubungan dua hala antara pekerja di peringkat sokongan, professional dan pengurusan tinggi JKR Malaysia. Semoga dengan usaha ini dan kerjasama antara pengurusan JKR akan menyelesaikan segala isu pekerja serta berupaya meningkatkan kecemerlangan JKR sebagai agensi teknikal negara yang terunggul , in sya Allah.

Majlis Bersama Jabatan (MBJ) ialah sebuah wacana medium dua hala untuk saling berkomunikasi dengan pihak Pengurusan Atasan dalam menyuarakan pendapat, pandangan serta menyumbang idea-idea yang bernas demi kepentingan bersama .

 

 

Wakil MBJ Sesi 2021/2022

Jabatan Kerja Raya Malaysia