Date: Khamis, March 30, 2023

Satu sesi Kunjungan Hormat dan Libat Urus Cawangan Jalan Jabatan Kerja Raya Malaysia bersama Bahagian Prasarana Kementerian Kemajuan Desa & Wilayah (KKDW) telah diadakan pada 29 Mac 2023 di Bilk Mesyuarat Mayang Sari Aras 25, Bahagian Prasarana Malaysia KKDW. Sesi Kunjungan Hormat Dan Libat Urus  daripada Cawangan Jalan JKR yang diketuai oleh YBhg. Dato’ Ibrahim B. Esa, Pengarah Kanan Cawangan Jalan telah disambut mesra oleh Setiausaha Bahagian Prasarana KKDW, YBrs. Tuan Ahmad Bin Tuan Wil. Turut hadir bersama delegasi daripada Cawangan Jalan, YBrs Ir. Mohamad Sharip Bin Wahijan, Pengarah Pakar Kejuruteraan Jalan Dan Jambatan, YBrs. Ir. Syaharidanisman Bin Mohd Johanis, Jurutera Awam Penguasa Kanan, Bahagian Pengurusan Projek Luar Bandar Cawangan Jalan dan beberapa pegawai kanan dari Cawangan Jalan juga turut serta dalam sesi kali ini.

 

Sesi Kunjungan dan Libat Urus ini diadakan bertujuan untuk merapatkan ikatan ukhuwah antara Cawangan Jalan JKR dengan Bahagian Prasarana KKDW yang merupakan salah satu pelanggan utama dalam pelaksanaan projek dibawah Cawangan Jalan. Di samping itu, sesi ini turut membincangkan isu-isu berkaitan pelaksanaan projek sediada KKDW dibawah pemantauan dan seliaan JKR dan halatuju projek dibawah RMK 12 Rolling Plan 3 yang telah diluluskan pada tahun ini. Ianya juga diadakan bagi memperkukuhkan komitmen antara kedua-dua agensi bagi memastikan setiap isu yang dibangkitkan sama ada di peringkat perancangan dan pelaksanaan di tapak dapat diselesaikan. Adalah diharapkan sesi libat urus ini dapat dijadikan satu platform yang efektif dalam memperkasakan pelaksanaan projek.