Date: Selasa, Januari 28, 2025

27 Januari 2025, Isnin – Satu sesi libat urus telah berlangsung dengan jayanya di antara Jabatan Kerja Raya (JKR) Malaysia dan SD Guthrie Berhad yang bertempat di SD Guthrie Berhad, Aras 7, Blok Utama, Menara Plantation, Ara Damansara, Petaling Jaya, Selangor.

Delegasi JKR diketuai oleh YBrs. Ir. Mohd Shahrom bin Ahmad Saman, Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Infra) dan diiringi bersama oleh YBrs. Ir. Rozita binti Mat Senapi, Pengarah Pembinaan Pengurusan Projek Khas Jalan; Puan Suzana@Sakinah binti Ibrahim, Jurutera Awam Penguasa selaku HOPT Bahagian Pengurusan Projek Utara Cawangan Jalan dan Ir. Dr. Hj. Ahmad Shukri bin Hj. Abd Rashid selaku Pengarah Projek bagi Projek Menaiktaraf Jalan Persekutuan FT004, Gerik/Kupang/Lunas dari Seksyen 23.10 – Seksyen 35.70, Kulim, Kedah Darul Aman.

Selain itu, sesi libat urus ini turut dihadiri bersama pihak Kementerian Kerja Raya selaku pemilik projek yang diwakili oleh Puan Marian binti Baharin, Ketua Penolong Setiausaha, Bahagian Pembangunan dan Penswastaan, Encik Thirunavukarasu a/l Loganathan, Ketua Penolong Setiausaha Bahagian, Unit Pengurusan Tanah, dan Encik Muhammad Taufiq bin Abd Rahman, Peguam Persekutuan, Pejabat Penasihat Undang-Undang.

Kunjungan delegasi JKR dan KKR ini disambut baik oleh pihak SD Guthrie Berhad yang diketuai oleh Encik Mohd Haris bin Mohd Arshad, Ketua Pegawai Operasi Kumpulan (COO) dan Encik Mohd Razlan bin Mohd Rahim, Ketua Pengurusan Tanah, Sime Darby Plantation Berhad.

Sesi libat urus diadakan untuk mendapatkan kebenaran kemasukan awal ke tapak bina bagi lot-lot tanah hakmilik SD Guthrie Berhad yang terlibat di sepanjang jajaran projek tersebut. Sesi libat urus ini berjalan dengan baik dengan kedua-dua dapat bertukar pandangan dan pengalaman terutamanya melibatkan isu Pengambilan Tanah (PBT). Pihak SD Guthrie menyambut baik cadangan yang telah diutarakan oleh pihak JKR dan bersetuju untuk mengangkat permohonan kemasukan awal untuk kelulusan Lembaga Pengarah, SD Guthrie.

Sesi libat urus ini merupakan usaha proaktif pihak JKR selaku agensi pelaksana projek bagi memastikan pelaksanaan projek berjalan lancar dan siap mengikut tempoh masa yang telah ditetapkan.

#IamJKR #KitaJKR #JKRsynergy
#JasaKepadaRakyat