Date: Jumaat, Ogos 9, 2024

Jabatan Kerja Raya Wilayah Persekutuan (WP) Labuan telah mengadakan sesi libat urus ke Pejabat Pasukan Projek Khas 2, Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Sabah, Kota Kinabalu, Sabah pada 06 Ogos 2024 (Selasa). Lawatan kerja ini dihadiri oleh sembilan (9) warga kerja JKR WP.Labuan yang diketuai oleh Pengarah JKR Wilayah Persekutuan (WP) Labuan, Ir. Hj. Mohd Faizul bin Mohd Ali Hanapiah.

Objektif lawatan adalah sebagai permulaan menjalin hubungan kerjasama dan perkongsian ilmu, pengalaman berkaitan pelaksanaan projek reka dan bina, kaedah mentadbir Kontrak bagi pihak Kerajaan berasaskan Syarat-Syarat Kontrak PWD Form DB (rev. 1/2020).

Seterusnya lawatan ini dimulakan dengan ucapan sesi suai kenal dan pembentangan bagi sesi. Perkongsian ilmu telah dikendalikan oleh Ir. Patrick Basun @ Patrick Woon selaku Jurutera Awam Penguasa Kanan, Unit Awam, Pasukan Projek Khas 2, Sabah.

Diharap perkongsian pengalaman yang diperolehi daripada Pasukan Projek Khas 2 dapat memberi manfaat kepada pasukan projek JKR Wilayah Persekutuan (WP) Labuan disamping dapat meningkatkan ilmu pengetahuan serta mutu kerja. Ini seterusnya dapat mewujudkan hubungan baik dan kerjasama dua hala yang pelbagai serta meneroka peluang perkongsian pengalaman baharu pada masa hadapan.