Pada 25 September 2024 (Rabu) telah berlangsung satu sesi libat urus Jabatan Kerja Raya (JKR) Malaysia bersama Kementerian Luar Negeri (KLN). Delegasi KLN diketuai oleh Ketua Setiausaha KLN, YBhg. Dato’ Sri Amran bin Mohamed Zin dan disertai bersama YBhg. Datin Paduka Anizan Siti Hajjar Adnin, Timbalan Ketua Setiausaha Khidmat Pengurusan, YBrs. Encik Sanmugan Subramaniam, Setiausaha Bahagian Pembangunan dan pegawai KLN yang lain.
Delegasi KLN disambut oleh YBhg. Datuk Wira Ir. Roslan bin Ismail, Ketua Pengarah Kerja Raya bersama-sama YBhg. Dato' Ir. Ibrahim bin Esa, Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Bangunan); YBrs. Encik Robert anak Albert Girik yang menjalankan tugas Pengarah JKR Wilayah Persekutuan Putrajaya; YBrs. Encik Abd Shukor bin Ismail, Arkitek Penguasa Kanan CKBA1; Ir. Janari bin Sekeli, Jurutera Awam Penguasa Kanan CDPK serta pegawai-pegawai cawangan JKR.
Majlis diteruskan dengan sesi menandatangani buku pelawat dan pemberian cenderahati sebelum diteruskan dengan sesi perbincangan yang diadakan di Bilik Mesyuarat Perdana, Aras 35, Menara Kerja Raya.
Semoga sesi libat urus ini berjaya mencapai hasrat yang ditetapkan di samping mengeratkan lagi hubungan antara KLN dan JKR Malaysia. Sekalung penghargaan diucapkan kepada YBhg. Dato’ Sri Amran bin Mohamed Zin atas kesudian berkunjung ke JKR Malaysia.
- 1564 bacaan