Date: Khamis, March 9, 2023

Jabatan Kerja Raya telah mengadakan sesi libat urus bersama Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) pada 9 Mac 2023 (Khamis) bertempat di Bilik Mesyuarat Eksekutif Aras 13, Blok C1 Jabatan Perkhidmatan Awam, Putrajaya. Sesi libat urus ini dipengerusikan oleh YBhg. Dato’ Dr. Zulkapli bin Mohamed, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam.

Deligasi dari JKR diwakili oleh Ketua Pengarah Kerja Raya, YBhg. Dato' Ir. Ahmad Redza bin Ghulam Rasool. Turut hadir, Pengarah Cawangan Dasar dan Pengurusan Korporat (CDPK), YBhg. Dato' Ir. Hj. Masri bin Baharuddin, pegawai dari BPSK dan BPSM. Manakala Kementerian Kerja Raya pula diwakili oleh YBhg. Dato' Nadzri bin Embong, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) berserta pegawai dari Bahagian Sumber Manusia Kementerian Kerja Raya. Beberapa pegawai kanan dari JPA juga turut serta dalam sesi kali ini.

Sesi libat urus ini bertujuan membincangkan beberapa perkara berkaitan dengan penjawatan pegawai dan pengurusan sumber manusia di JKR.