Pada 10 April 2025 (Khamis), telah berlangsung sesi libat urus antara Jabatan Kerja Raya (JKR) Malaysia dan Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU). Delegasi JKR diketuai oleh YBhg. Dato' Ir. Ibrahim bin Esa, Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Bangunan) bersama YBhg. Dato' Ar. IDr. Azman bin Md Hashim, Pengarah Kanan Cawangan Kerja Bangunan Am 1; YBrs. Ar. Zuhairi bin Manaf, Pengarah Rekabentuk Cawangan Arkitek; YBrs. Ir. Edayu binti Saleh @ Aman, Pengarah Cawangan Kejuruteraan Geoteknik, serta pegawai-pegawai kanan Cawangan JKR. Sesi ini turut disertai oleh Tuan Azhaniz Teh Bin Azman Teh, Timbalan Ketua Pendaftar Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan (PKPMP), dan Puan Natrah binti Mohd Zahari, Setiausaha Bahagian Pembangunan, Jabatan Perdana Menteri.
Sesi libat urus ini merupakan peluang berharga untuk membincangkan isu-isu berkaitan pembinaan mahkamah baharu dan mencari jalan penyelesaian serta hala tuju dalam menangani isu-isu tersebut. Pada masa yang sama, sesi ini juga menjadi platform untuk mengembleng idea-idea bernas dan menetapkan hala tuju yang mampan serta strategik bagi JKR Malaysia dan BHEUU.
Sebelum sesi libat urus dimulakan, satu majlis menandatangani buku pelawat dan pemberian cenderahati diadakan di Pejabat Ketua Pengarah BHEUU, Aras 7, Bangunan Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, Presint 3, Putrajaya.
Sekalung penghargaan dan jutaan terima kasih diucapkan kepada YBhg. Datuk Zamri Bin Misman, Ketua Pengarah BHEUU, atas kesudian menerima kunjungan delegasi JKR Malaysia.
#IamJKR #KitaJKR #JKRsynergy
#JasaKepadaRakyat
- 425 bacaan