Date: Jumaat, Jun 21, 2024

Pada 13 Jun 2024 telah berlangsung satu Sesi Libat Urus Pengarah Cawangan Dasar Dan Pengurusan Korporat (CDPK), YBhg. Dato’ Ir. Ts. Haji Masri Bin Baharuddin bersama Pegawai-Pegawai Kader JKR di Kementerian Peralihan Tenaga Dan Transformasi Air (PETRA).

Sesi ini turut dihadiri oleh Pengarah Bahagian Bekalan Air (BBA) selaku Wakil Ahli Majlis Tindakan Kader (MTK), YBrs. Ir. Haji Sulaiman Bin Kamisan, Timbalan Pengarah Bahagian Bekalan Air (BBA); YBrs. Ir. Norzani binti Mahmood, Wakil daripada Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (Unit Perkhidmatan); Puan Emmy Safina Binti Salim wakil daripada Kementerian Peralihan Tenaga Dan Transformasi Air, Pegawai – Pegawai Ibu Pejabat JKR Malaysia serta Pegawai-Pegawai KADER JKR di Kementerian Peralihan Tenaga Dan Transformasi Air.

Sesi ini bertujuan bagi mengeratkan hubungan bersama Pegawai-Pegawai Kader JKR yang bertugas di Kementerian/Jabatan/Agensi Pelaksana bersama pihak Pengurusan Jabatan Kerja Raya Malaysia. 

Aturcara bermula dengan ucapan aluan daripada Pengarah Bahagian Bekalan Air dan diteruskan dengan ucapan oleh YBhg. Dato’ Pengarah Cawangan Dasar Dan Pengurusan Korporat (CDPK) disusuli perbentangan daripada wakil Cawangan Pengurusan Aset Bersepadu iaitu YBrs. Ir. Mukhzani Bin Latif berkenaan Inisiatif Value at Entry (VAE) dan peranan Pegawai Kader JKR dalam Pelaksanaan Projek/Program dan juga perbentangan oleh Ir. Dr. Ahmad Firdaus Bin Abdul Mutalib berkenaan Tatacara Pengurusan Aset Tak Alih Kerajaan (TPATA) Versi 2.0.

Program ini juga diteruskan dengan sesi soal jawab pelbagai perkara yang berbangkit melibatkan Kumpulan Pengurusan Dan Profesional dan Kumpulan Pelaksana. Antara intipati soal jawab adalah hal ehwal kebajikan serta permasalahan yang wujud di kalangan pegawai-Pegawai Kader JKR, selain berkongsi idea dan pendapat serta cadangan – cadangan penambahbaikan. Turut disediakan juga kaunter Klinik My-KJ bagi memberi peluang pegawai Kader di PETRA untuk mengemaskini modul-modul dalam sistem My-KJ.

Sesungguhnya program ini telah memberi laluan dalam mewujudkan rasa keperihatinan pengurusan Jabatan Kerja Raya Malaysia terhadap Pegawai - pegawai Kader JKR yang berkhidmat di Kementerian/Jabatan/Agensi pelaksana dengan penuh komited dan dedikasi dalam menggalas tanggungjawab seterusnya membawa reputasi baik dan jenama unggul JKR secara amnya. Secara keseluruhannya, program ini telah mencapai matlamat yang diingini. Sekalung penghargaan diucapkan kepada semua pihak yang terlibat menjayakan sesi libat urus ini.