Antara objektif sesi libat urus ini adalah:
- Menyampaikan hala tuju cawangan dan jabatan kepada barisan pegawai
- Menerapkan nilai-nilai kerohanian serta jati diri yang mampan
- Menyarankan Eisenhower Matrix dalam penyampaian perkhidmatan
- Important and urgent
- Important but not urgent
- Not important but urgent
- Not important and not urgent
- Mengeratkan ukhwah dalam kalangan Jurutera Elektrik
Adalah diharapkan agar menerusi sesi libat urus seperti ini, ianya dapat memberi pencerahan dan penerangan yang jelas tentang harapan jabatan dan cawangan kepada para peserta yang hadir. Dalam masa yang sama juga ianya dapat menjadi platform perkongsian pengalaman dan ilmu sesama Jurutera Elektrik yang hadir.
Sesi libat urus diakhiri dengan lafaz Ikrar Integriti Perkhidmatan Awam. Melihatkan kejayaan penganjuran pada kali ini, sesi libat urus sebegini akan diteruskan dengan penglibatan Jurutera Elektrik Gred J12 - J14 pula pada masa akan datang.
#IamJKR #KitaJKR #JKRsynergy
#JasaKepadaRakyat
- 1323 bacaan